Video Keita x Salah Dimuatnaik Liverpool Ini Bukti Kemuliaan Hati Firmino

Liverpool meneruskan prestasi cemerlang mereka dalam kempen Liga Perdana Inggeris walaupun dah bergelar juara.

Terbaru Liverpool menang 3-1 ke atas Brighton. Mohamed Salah dan Naby Keita menjadi perhatian. Selepas kedua duanya beraksi cemerlang dalam perlawanan tersebut.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp kini sudah meraih 92 mata dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Liverpool mendahului pasukan tuan rumah dengan dua gol awal menerusi Mohamed Salah dan Jordan Henderson.

Gol pertama Salah itu ternyata hasil daripada gegenpressing oleh Liverpool.

Diadun dengan kreativiti dan kemuliaan hati serta ketajaman Mo Salah.

Liverpool memuat naik video Keita x Salah, yang secara tak langsung telah membuatkan ramai penyokong liverpool tersentuh dengan kemuliaan hati insan bernama Roberto Firmino.

Saksikan di sini, apa yang Firmino lakukan:

Ada yang memberikan komen menggelarkan Firmino sebagai Santo, merujuk kepada orang yang memiliki kemuliaan hati yang tiada tandingan dalam masyarakat beragama Kristian.

Malah ada yang menyatakan salah satu sebab Firmino tak bersaing dalam saingan kasut emas adalah kerana dia sentiasa berhati mulia.

Sebelum ini Firmino pernah mengelak daripada menyentuh bola kerana tak mahu merampas gol itu daripada rakannya.

“Firmino ini kalo ‘egois’ bisa aja masuk jajaran top skor epl.”

Mohamed Salah menjaringkan dua gol dalam aksi ini dan menyaksikan gandingan Trio Mane Salah Firmino sudah menyumbang secara langsung kepada 250 gol Liverpool.

Salah kini sudah terlibat dalam 100 gol liga untuk Liverpool dengan 73 gol dan 27 Assist.

Kejayaan ini meletakkan Liverpool kini hanya 8 mata dibezakan daripada rekod 100 mata semusim dalam Liga Perdana Inggeris oleh Man City sebelum ini.

Naby Keita ternyata pemain yang sangat bagus. Namun beliau kerap diganggu oleh masalah kecederaan.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.