[VIDEO] Keluarga Datang Dari Jepun Nak Tengok Shoya Nakajima Beraksi, Tapi Seminit Je

Shoya Nakajmina menjemput keturunan dan keluarganya datang untuk menyaksikan aksinya di Liga Turki.

Di mana dia mennadi pemain gantian ketika Antalyaspor melayan kunjungan Adama Dermirspor.

Shoya Nakajima baru sahaja menyertai Antalyaspor baru baru ini. Dia memiliki profile yang sangat baik sebelum ini pernah beraksi untuk Porto.

Tetapi kariernya di Turki nampaknya tidak bermula dengan sebaiknya. Dalam aksi antara Antalyaspor menentang Adama Demirspor, pemain Jepun itu dimasukkan pada minit ke-59.

Namun pada minit ke-60 dia dilayangkan kad merah. Ianya gara gara bentesan bahaya dilancarkannya sebaik sahaja dia masuk padang.

Pengadil pada awalnya melayangkan kad kuning. Tetapi pegawai VAR meminta pengadil mempertimbangkan untuk menyemak VAR.

Pengadil bergegas ke monitor VAR dan mendapati bentesan itu sangat bahaya.

Lalu pengadil kembali ke dalam padang lantas membatalkan kad kuning dengan melayangkan kad merah kepada Shoya Nakajima.

Ibunya yang berada di dalam stadium menangis melihat detik itu. Ahli keluarganya yang lain juga tergamam. Mereka tak sangka, mereka datang jauh jauh untuk menyaksikan aksi Shoya buat pertama kali di Turki berakhir dengan tragedi memalukan.

Saksikan:

Ketika dia dimasukkan, pasukannya ketinggalan 1-0. Beraksi 10 pemain memudahkan lagi Adama Demirspor untuk menang 3-0 dalam perlawanan ini.

Baca yang lain