[VIDEO] Kena ‘Comeback’ Dengan Lawan, Fans Persebaya, Bonek Merusuh Rosakkan Fasiliti Stadium

Persebaya menelan kekalahan ketiga berturut turut dalam Liga 1 Indonesia. Membuatkan penyokong mereka yang digelar Bonek hilang sabar dan menceroboh masuk ke dalam padang.

Mereka mengamuk dan memecahkan tempat duduk pemain dan pegawai perlawanan serta beberapa fasliti lain dirosakkan.

Persebaya turun menentang RANS Nusantara selepas 2 kekalahan terdahulu di tangan PSM Makasar dan Bali United.

Persebaya Surabaya menjadi tuan rumah kepada RANS Nusantara dalam saingan Liga 1 2022, di Stadium Gelora Delta. Pada minit awal separuh masa pertama, RANS segera memulakan aksi dengan mencipta dua peluang, namun penjaga gol Andhika Ramadhani berjaya menepis sepakan dan tandukan pemain lawan.

Persebaya cuba bangkit dan melawan. Bagaimanapun, pertahanan RANS masih kukun. Sebaliknya, pemain RANS mampu memberikan tentangan.

Persebaya akhirnya berjaya di hadapan. Di mana mereka mencipta gol pada minit ke-28. Sho Yamamoto merobek gawang RANS dengan sepakan deras yang telah terbias pemain lawan untuk memperdayakan penjaga gol Wawan Hendrawan.

RANS cuba bertindak balas menerusi rembatan Makan Konate di hadapan kotak penalti namun berjaya disekat oleh Andhika.

Tiada gol tambahan pada separuh masa pertama. Persebaya mendahului 1-0 sehingga separuh masa. Para penyokong mereka sempat memberikan tepukan kepada pemain pemain mereka ketika menuju ke bilik rehat.

Pada awal separuh masa kedua Persebaya bermain 10 minit pertama yang sangat baik. Mereka mencipta beberapa gerakan dan peluang.

Akibat tidak menyudahkan peluang mereka, Persebaya akhirnya diikat RANS pada minit ke-64 menerusi Edo Febriansyah.

Aksi antara kedua dua pasukan menjadi sangat terbuka dengan saling serang menyerang.

Akhirnya, detik malang menimpa Persebaya sekalai lagi apabila mereka bolos pada minit ke-88. Menerusi satu serangan bakas, hantaran Defri Rizki berjaya disempurnakan oleh Edo yang menjadikan RANS menang 2-1.

Selepas wisel penamat penyokong mereka yang digelar Bonek sudah koyak dengan 1 lagi kekalahan telah meluru masuk ke dalam padang.

Mereka mulai melepaskan kemarahan dan kegeraman mereka. Saksikan rakaman video tersebut di sini yang dikongsikan oleh Goal Indonesia.

Ianya adalah kekalahan keenam Persebaya musim ini selepas 8 perlawanan. Meletakkan mereka di tangga ke-12 dalam carta Liga 1.