[VIDEO] Keraian Bingung Keita Selepas Buat World Class Screamer

Naby Keita baru sahaja menjaringkan salah satu gol terbaik dalam hayatnya, namun pemain itu meraikannya dengan penuh kesederhanaan dan ke-blur-an.

Mungkin dia sendiri tidak percaya bahawa dia hari itu melakukan gol luar biasa itu.

Liverpool turun melayan kunjungan Crystal Palace di Anfield. Pasukan pelawat ternyata tampil dengan permainan yang mencemaskan Liverpool. Walaupun Liverpool menguasai perlawanan, namun Palace tetap bahaya menerusi serangan balas mereka.

Separuh masa pertama, Liverpool bermati matian mencari gol pembukaan. Sehinggalah lewat separuh masa, Sadio Mane melakukan percubaan jarak dekat daripada bola muntah.

Pada separuh masa kedua, Mohamed Salah mencuri perhatian dengan gol liga ke-100 beliau di England.

Namun ketika aksi seolah olah berakhir 2-0, Naby Keita hadir dengan rembatan yang cantik. Percubaan itu tiba bagaikan bidadari, tak bercahaya namun kau berseri, tapi cukup, menghiburkan hati ini.

Walaupun Anfield menjadi gila melihat gol itu, Naby Keita pula hanya bersahaja dan menunjukkan wajah blur seperti baru sahaja tersilap soalan spot ketika exam.

Pemain pemain Liverpool lain berlari ke arahnya memberitahu bahawa dia baru sahaja mencetak screamer.

Selepas berkali kali rakannya memberitahu gol gol gol! barulah terukir senyuman di wajah pemain itu untuk melengkapkan trio Afrika menjaringkan 3 gol.

Lebih unik, susunan nama penjaring adalah Mane Salah Keita. Dah lama dah mereka rancang, cuma korang je tak perasan.

Naby Keita akhirnya berjaya menenangkan jiwa penyokong Liverpool yang baru yakin bahawa itulah jaringan 3 mata. Sebab pasukan lawan ternyata sangat bahaya pada separuh masa kedua.

Naby Keita melakukan voli yang sangat kemas dan cantik. Cemerlang dan gemilang aksinya.

Mujur Alisson Becker beraksi sangat cemerlang di gawang beliau.

Keraian itu mengingatkan kita kepada aksi Donnarumma ketika Euro di mana dia pun blur dengan keraian kejuaraan.

BACA JUGA: Zizanrumma: “Itu Bukan Keraian ‘Cool’ Tapi Sebenarnya Saya Tak Tau Kami Dah Menang”

Gianluigi Donnarumma ataupun Zizan Razak Itali dianggap melakukan keraian paling cool atau sempoi dengan hanya berjalan seperti biasa. Malah keraiannya membuatkan peminat Itali sendiri tidak pasti sama ada mereka sudah menang atau tak.

Selepas menyelamatkan penalti Saka, Donnarumma berjalan seperti seorang YB memeriksa tapak projek ikan air tawar. Beliau menunjukkan wajah tenangnya.

Peminat Itali yang keliru hanya bersorak ketika melihat pemain lain menyerbu Donnarumma meraikan kejuaraan mereka.

Ramai yang memuji keraian Donnarumma yang sangat tenang dan bergaya itu.

Namun sebenarnya Donnarumma mendedahkan bahawa dia bukan meraikan kejayaan saves tersebut. Malah kembali semula ke tempat dia harus bersedia untuk penalti seterusnya.

Donnarumma tidak tahu sebenarnya pasukannya sudah menang. Oleh sebab itu Donnarumma terlepas momen untuk menjadi pemain pertama menjerit meraikan kejayaan tersebut.

Donnarumma malah terkejut ketika dia melihat ada orang meluru memeluknya dari belakang. Dia kemudian mendengar rakan rakannya menjerit: “Kita juara Zang, kita juara, hok aloh mung Zang, raikang la, berat nanang mung.”

Barulah selepas itu Donnaruma tahu bahawa dia baru sahaja menyelamatkan penalti yang memberikan kejuaraan buat negaranya. Euro kedua dalam sejarah panjang dan dalam bola sepak negara bola sepak seikonik Itali. Kali pertama mereka menang adalah pada 1968 ketika mereka menang ke atas Yugoslavia di Rom.

Itali ketika itu mara ke final selepas ada penentuan lambungan syiling dengan USSR di separuh akhir.

Berikut adalah senarai kejayaan Itali di peringkat antarabangsa:

  • World Cups: 4 (1934, 1938, 1982, 2006)
  • European Championships: 2 (1968, 2020)
  • World Cup runners-up: 2 (1970, 1994)
  • European Championship runners-up: 2 (2000, 2012)

Bercakap kepada wartawan Zizanrumma berkata: “Itu bukan keraian, malah saya sendiri pun dok [tak] pahang [faham] yang sebenarnya kita dah menang,” kata Donnarumma tersasul berbahasa Ganu sikit.

England terus merana menunggu kepulangan bola sepak ke rumahnya. Kerana kali ini Itali membawa bola sepak terbang ke Rom.

Kapten veteran, Chiellini menjulang trofi major dalam karier antarabangsanya selepas setahun lalu mengalami ACL.

Itali ketinggalan awal dalam perlawanan ini namun semangat juang tinggi mereka berjaya menyamakan kedudukan di hadapan puluhan ribu penyokong England di Wembley.

Itali menang 3-2 dalam penentuan penalti. Rashford, Sancho dan Saka gagal sempurnakan tugasan mereka. Manakala Belotti dan Jorginho gagal untuk Itali.

Donnarumma sebelum ini menjadi wira dalam penentuan penalti dengan Sepanyol sekali lagi menjadi wira di malam final.

Prestasi cemerlang bekas penjaga gol AC Milan itu membolehkan beliau menjadi penjaga gol pertama memenangi Anugerah Pemain Terbaik Euro sejak anugerah itu wujud. Donnarumma tidak menang sarung tangan emas, tapi kejayaan ini pastinya lebih manis.

Ke PSG

Donnarumma akan menyertai PSG bagi musim hadapan. Beliau menyertai kelab Perancis itu secara percuma selepas memulakan kariernya di Milan sejak di akademi sehinggalah menjadi penjaga gol skuad utama pada usianya belasan tahun lagi.

Pengurus legenda AC Milan, Arrigo Sacchi menyatakan dia sangat sedih dengan berita itu.

“Saya tak boleh menyembunyikan kesedihan saya. Jika dia [Donnarumma] gembira di Milan, kelab yang membagunkannya dan menghargainya, maka dia harus kekal di sini.”

“Dalam hidup, penting untuk menunjukkan rasa terima kasih kepada mereka yang memberi anda peluang penting dan ini adalah kesempatan untuk menunjukkannya.”

“Kelab [Milan] juga menawarkan kontrak yang besar kepadanya. Oleh itu, saya bertanya pada diri sendiri: mengapa dia pergi? Mengapa mendesak keadaan?”

Bukan Sacchi seorang sahaja, malah semua peminat Milan kecewa apabila Donnarumma tidak lagi berseragam Milan musim depan.

Mujur dia ke PSG. Kalau ke Juventus, kesedihan itu akan bercampur dengan kemarahan.

Donnarumma telah menjadi starter regular Milan sejak debutnya, ketika itu dia baru berusia 16 tahun. Zizang Itali itu telah membuat lebih dari 250 penampilan sejak itu.

Persembahan mengagumkan musim lalu membantu Milan menduduki tempat kedua dalam Serie A, membuatkan kembali ke Liga Juara-Juara Eropah buat pertama kalinya sejak 2013-14.

Pemain muda itu juga memperoleh penghargaan Penjaga Gol Terbaik liga atas prestasi dan usaha kerasnya.

Super Gigio berkesempatan menjadi legenda di kelab untuk sebaris dengan nama seperti Franco Baresi dan Paulo Maldini tetapi sebaliknya, dia akan meninggalkan kelab itu dengan segera setelah gagal mencapai kesepakatan mengenai lanjutan kontrak.