[VIDEO] Keraian Gila Perlawanan Ke-1,000 Mourinho: ‘Saya Berlari Seperti Kanak Kanak Riang’

Jose Mourinho meraikan kemenangan pada masa kecederaan sempena perlawanan ke-1,000 beliau sebagai pengurus dengan sangat gila dan epik.

Mourinho kini bersama dengan AS Roma, sangat teruja dan gembira dengan kemenangan ke atas Sassuolo yang ternyata bukan kemenangan yang mudah.

Roma berusaha untuk mencipta kemenangan ketiga daripada 3 perlawanan. Dan mereka mendahului menerusi separuh masa gol Bryan Cristante pada minit ke-37.

Bermula daripada sepakan percuma Lorenzo Pellegrini berjaya mengatasi pertahanan Sassuolo dan Cristante tidak melakukan kesilapan ketika satu lawan satu dengan penjaga gawang.

Bagaimanapun, Roma diikat oleh Sassuolo pada minit ke-57 menerusi gol Filip uričić dari jarak dekat.

Perlawanan kekal 1-1 sehingga memasuki masa kecederaan. Roma kelihatan bakal berkongsi mata dengan Sassuolo.

Tetapi pasukan tuan rumah akhirnya berjaya memenangi perlawanan ini dalam keadaan dramatik pada minit ke-91.

Stephan El Shaarawy mencuba nasibnya dengan merembat dari dalam kotak penalti dan usahanya berjaya menembusi gawang pasukan lawan.

Pengurus Portugal itu memecut laju menuju ke arah kerumuman pemain yang sedang meraikan gol kemenangan tersebut di hadapan penyokong mereka.

Mourinho kini sudah meraih kemenangan sebanyak 639 kali dari 1,000 perlawanan sebagai pengutus. Itu adalah nisbah yang sangat luar biasa.

Dia agak emosi ketika bercakap kepada wartawan selepas peralwanan.

“Selama seminggu, saya berbohong kepada diri sendiri, mengatakan kepada semua orang bahawa ini bukanlah perlawanan yang istimewa. Saya cuba meyakinkan diri saya bahawa itu bukan perlawanan istimewa. Tetapi ianya sebenarnya adalah perlawanan yang istimewa.”

“Ini adalah perlawanan dengan nombor khas untuk saya, yang sehingga hari terakhir hidup saya akan selalu ingat bahawa ini adalah perlawanan ke-1,000 saya.”

“Ia adalah sensasi yang luar biasa. Ianya mungkin boleh jadi 6-6, 7-7, Sassuolo juga boleh menang 2-1, Rui Patricio melakukan beberapa penyelamatan luar biasa, kami gagal menyempurnakan dua peluang gol terbuka. Ia adalah perlawanan yang sangat luar biasa.”

“Saya tidak merasa berusia 58 tahun hari ini, saya merasa seperti budak 10-12-14 tahun, usia ketika anda mula mengimpikan karier dalam bola sepak. Itu adalah larian seorang kanak-kanak.”

“Saya meminta maaf kepada Dionisi [pengurus Sassuolo] selepas itu, karena itu adalah pertandingan yang luar biasa, mereka boleh sahaja dengan mudah menang begitu juga kami.”

“Saya tidak dapat melupakan bahawa perasaan Dionisi sekarang adalah perasaan yang saya rasakan berkali-kali. Dia adalah jurulatih yang sangat baik, mempunyai pasukan yang hebat dan memberikan identiti sebenar kepada pasukannya.”

“Mereka adalah pasukan yang sangat bagus. Saya tahu bahawa sejak hari pertama saya mula mempelajarinya, jadi ini adalah tiga mata yang sangat penting. Mungkin seseorang di sana memutuskan bahawa saya layak mendapat kenangan seperti ini untuk pertandingan ke-1,000 saya. “

Baca yang lain