[VIDEO] Keraian Lukaku Berlari Ke Arah Kamera: ‘Chris, Terus Kuat, Saya Sayang Kamu’

Romelu Lukaku mendedikasikan golnya untuk rakan sepasukannya Christian Eriksen, yang rebah ketika perlawanan pasukannya menentang Finland.

Setelah menjaringkan gol untuk Belgium menentang Rusia, Lukaku berlari terus ke arah kamera dan berteriak: “Chris, terus kuat, saya sayang kamu” dalam keraian gol yang dianggap penuh ‘class’ oleh peminat.

Tindakan Lukaku itu membuatkan ramai terharu. Ternyata ianya sangat bermakna buat peminat bola sepak melihat persahabatan dan kemanusiaan di atas segalanya pada ketika ini.

Eriksen rebah sebelum separuh masa pertama berakhir dalam aksi pembukaan Kejuaraan Eropah Denmark pada hari Sabtu.

Dia mendapat rawatan perubatan dan segera dan dibawa ke hospital.

Selepas tamat perlawanan, Lukaku berkata: “Saya menangis teruk sebelum perlawanan. Ianya sukar sekali untuk fokus. Pemain pemain lain juga terkesan. Saya akan menghubunginya. Saya ada terbaca dia berjaya keluar dari situasi bahaya. Saya berharap dia akan lekas sihat. Saya gembira dengan kemenangan ini, namun fikiran saya adalah bersama dengan Christian.”

Lukaku turut mendoakan rakannya Castagne juga, agar cepat sembuh.

Pemain tengah Inter Milan kini disahkan sudah berada dalam keadaan stabil dan dilaporkan meminta rakan sepasukannya untuk menyambung semula perlawanan Kumpulan B.

Finland mengalahkan Denmark, menang 1-0 hasil tandukan babak kedua dari Joel Pohjanpalo.

Belgium pula membuka kempen mereka dengan kemenangan selesa 3-0 ke atas Rusia.

Thomas Meunier menggandakan kelebihan pasukannya dengan Lukaku meraih gol kedua pada minit ke-88. Lukaku terus mencatatkan statistik yang menggerunkan lawan ketika beraksi untuk Belgium.

Lukaku yang merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk negaranya kini sudah terlibat dalam 26 gol secara langsung dalam 19 aksi terkahirnya bersama Belgium. Dengan 22 gol dan 4 assist.