Setiap orang suka meraikan kejayaan. Namun paling selamat, lintasi dahulu garisan penamat dahulu ataupun pastikan anda berjaya dahulu baru meraikannya.
Pelumba Superbike, Andre Verissimo sudah berada di kedudukan selesa di hadapan. Dan dia memutuskan untuk meraikan ‘kejayaannya’ kerana terlalu yakin.
Telah banyak berlaku di mana keraian awal yang berakhir tragedi.
Salah satu daripadanya adalah melibatkan Andre Verissimo.
Riang bertukar menjadi aib
Dalam detik yang mulanya dianggap fancy berakhir menjadi memalukan, Verrisimo melihat 2 lawannya dalam kelajuan tertinggi / top speed di belakangnya.
Insiden itu berlaku Autodromo Internacional Ayrton Senna in Goiana, Brazil.
Ketika dia mengangkat tangan, lawannya mengejarnya, dan Verissimo menyedari bahawa dia telah melakukan perkara bodoh dan sukar untuk mendapatkan tempat pertama.
Osvaldo Filho dan Marcelo Skaf berjaya memintas Verissimo dan ironinya kedua dua pelumba itu meraikan kejayaan satu sama lain bersama sama.
Saksikan di sini:
Motorcyclist Andre Verissimo celebrates prematurely as he is overtaken in the last stretch at Superbike Brasil.
Latest videos here: https://t.co/b4QvK8T42I pic.twitter.com/8m6gO4mpeO
— Sky News (@SkyNews) December 23, 2020
Namun, mujurlah ini perlumbaan terakhir dan tidak memberikan impak kepada carta kejuaraan. Verissimo masih menjadi juara dalam kategori EVO.
Wartawan Hugo Hernandez memberikan komen: “Confident? Tidak. A player [Pemain yang unggul]? Tidak. Keaiban? Ya.”
Verissimo sememangnya bukan satu satunya atlet yang menanggung malu kerana keraian awal,
Tahun lalu pelumba basikal Australia, Lucy Kennedy bertanding dalam Jelajah Dunia Wanita. Di mana dia mengangkat tangannya tanda sudah menang.
Namun dipintas oleh Marianne Vos.