[VIDEO] Kesilapan Maut Thiago Silva Berikan Gol Ketiga Buat Pendatang Baru

Thiago Silva dibawa masuk untuk memperbaiki benteng pertahanan Chelsea.

Beliau melakukan debut berdepan dengan West Brom. Paling menarik, Thiago Silva terus diberikan lilitan kapten oleh Frank Lampard.

Namun aksi Chelsea pada separuh masa pertama sangat mengecewakan.

Mereka kena bedil dengan West Brom – pasukan baru naik – dengan kedudukan 3 gol tanpa balas.

Gol pertama adalah sewal minit  ke-4 menerusi Callum Robinson. Pemain yang membuka akaun gol di EPL beliau bersama Sheffield musim lalu – juga ke atas Chelsea.

Ini juga bermakna Chelsea gagal mencipta Clean sheet dalam 20 perlawanan daripada 21 perlawanan liga terakhir mereka di tempat lawan sejak diuruskan Frank Lampard.

Robinson menjadikan kedudukan dua gol kosong selepas menambah gol lagi pada minit ke-25.

Dan tidak lama selepas itu, mimpi ngeri menyelubungi Thiago Silva.

Kapten The Blues itu tersilap dan terlepas bola kepada pemain lawan.

Rekod ini sangat tak diingini. Mereka baru sahaja bermain 3 perlawanan dan sudah melakukan 3 kesalahan maut yang memberikan lawan gol.

Ianya angka yang sama mereka lakukan untuk semusim, pada musim lalu.

Bukan itu sahaja, Thiago Silva menjadi pemain bukan penjaga gol pertama melakukan kesilapan menjurus kepada gol lawan sejak Issa Diop untuk West Ham pada 2018.

Ternyata ini debut yang mahu dilupakan Thiago Silva.

Silva gagal mengawal bola dengan kemas di zon paling bawah. Dan dia terus dihukum oleh Kyle Bartley yang meluru pantas ke arah Caballero.

Baca yang lain