[VIDEO] Kesilapan Meslier Hiasi Ke-seri-an Bersejarah Faroe Islands, 1 Shot Je

Skuad b-21 Pasukan Faroe Island meraikan ke-seri-an yang dianggap bersejarah dan penuh dengan keajaiban ketika mengikat Perancis.

Faroe Islands terpaksa berdepan dengan skuad Perancis yang sangat-sangat domian dengan 72% penguasaan bola. Dan Perancis turut berpesta percubaan gol sebanyak 30 percubaan.

Namun Faroe Islands ternyata menikmati hari underdog mereka dengan mengikat Perancis 1-2 dalam aksi kelayakan B-21 Eropah.

Faroe mendapat gol selepas momen yang gila oleh penjaga gol Leeds, Illan Meslier.

Beraksi di hadapan 5,000 penyokong di Gundadalur Stadium di Tórshavn — Perancis menurunkan bintang muda berkelas dunia mereka iaiatu Amine Gouiri dan pemain baru Real Madrid, Eduardo Camavinga.

Pasukan bimbingan Sylbian Ripoll itu seolah olah akan menikmati pesta gol seperti yang diramal. Ini apabila seawal minit kelapan, Gouiri sudah meletakkan Perancis di hadapan.

Gouiri merupakan bakat muda yang luar biasa bermain untuk Nice.

Perancis kemudian melakukan 30 percubaan secara keseluruhan. Tetapi hanya sekali itulah mereka berjaya menewaskan penjaga gol Faroe Islands, Bardur Reynatrod.

Dan pada minit ke-54, Illan Meslier silap perkiraan dan dia dihukum oleh Steffan Lokin.

Itulah satu satunya percubaan Foroe Islands dalam perlawanan ini, itulah juga on target, dan itulah juga menjadi gol mereka.

Perancis mendominasi 72% perlawanan namun kisahnya tetap juga Faore Islands meraikan kejayaan mereka ibarat memenangi Piala Dunia. Mana tidaknya, negara sekecil mereka mengikat Perancis dengan kedudukan 1-1.

Saksikan highlight di pautan ini:

Baca yang lain