[VIDEO] Ketika PSG Kalah, Neymar Melakukan Salah Satu Penalti Paling Teruk Musim Ini

Paris Saint-Germain diberikan reality check selepas kemenangan dalam Liga Juara-Juara Eropah mereka ke atas Real Madrid – di mana mereka tewas 3-1 di Nantes dalam Ligue 1 pada hari Sabtu.

Nantes, yang ingin melayakkan diri ke Eropah buat kali pertama sejak bermain dalam Piala Intertoto 2004, mendahului 3-0 yang menakjubkan pada separuh masa pertama — kali pertama PSG melepaskan tiga gol sebelum separuh masa pertama dalam tempoh lebih dua tahun.

Neymar memberi harapan kepada PSG dengan gol pertamanya sejak November lalu, tetapi kemudian menyaksikan sepakan penaltinya pada minit ke-59 diselamatkan.

Anak anak buah Mauricio Pochettino gagal memberi tekanan lebih baik kepada lawan mereka apabila mereka menelan kekalahan kedua dalam liga musim ini.

Tetapi pasukan gergasi ibu kota itu kekal 13 mata di hadapan Marseille di tempat kedua, yang akan melayan kunjungan Clermont pada hari Ahad.

Ia adalah satu kejutan kepada PSG selepas kemenangan lewat Kylian Mbappe pada hari Selasa memberi mereka kelebihan 1-0 dalam perlawanan pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid.

Nantes naik ke tempat kelima, hanya empat mata di belakang tiga teratas.

Jurulatih PSG Pochettino menuru kesemua bintang mahalnya, Lionel Messi, Mbappe dan Neymar dalam kesebelasan utamanya buat kali pertama dalam tempoh tiga bulan selepas pemain Brazil itu kembali daripada kecederaan sebagai pemain gantian dalam kemenangan ke atas Real.

Tetapi Nantes tidak mengambil masa lama untuk mendahului secara mengejut dengan serangan balas yang cantik pada minit keempat, apabila Randal Kolo Muani melorongkan bola masuk melalui celah kaki penjaga gol pelawat, Keylor Navas.

Ia adalah perlawanan ketiga berturut-turut penyerang itu menjaringkan gol menentang PSG.

Messi dinafikan gol penyamaan tidak lama selepas itu oleh penyelamatan cemerlang penjaga gol Nantes, Alban Lafont. Lafont ternyata dalam kelas berbeza berbanding Navas dalam perlawanan ini.

PSG kemudian ketinggalan dua gol di belakang dengan hanya selepas 15 minit aksi.

Nantes menjadi kelab Ligue 1 pertama yang menjaringkan dua gol menentang pendahulu liga itu sejak November, ketika Quentin Merlin melepaskan rembatan kaki kiri yang sangat cantik, melencong dari luar kotak ke penjuru atas.

Pemain sayap Nigeria, Moses Simon sepatutnya menambahkan lagi kelebihan Nantes, tetapi dinafikan oleh Navas.

Tuan rumah berasa berang apabila Dennis Appiah dilayangkan kad merah pada minit ke-44 kerana menarik Mbappe berhampiran penjuru kawasan. Dan seperti dijangka VAR pastinya tidak mengesahkan kad merah itu.

Tidak lama kemudian, pengadil merujuk VAR sekali lagi. Kali ini untuk melihat insiden melibatkan bekas pemain Liverpool, Georginio Wijnaldum. Dan VAR mengesahkan pemain antarabangsa Belanda itu handball dan penalti diberikan kepada Nantes.

Ludovic Blas mara dan merembat bola deras dan masuk.

Tetapi PSG kembali ke dalam permainan kurang daripada dua minit selepas perlawanan disambung semula, apabila bola hantaran cantik Messi menemui Neymar, yang terus merembat masuk.

Kolo Muani kemudian mensia-siakan peluang keemasan untuk menjaringkan gol keduanya beberapa saat kemudian. Dia gagal menanduk masuk dalam situasi dia tidak dikawal.

PSG terus gagal menembusi Lafont menerusi beberapa percubaan mereka. Akhirnya peluang keemasan untuk PSG merapatkan jurang tiba. Ini selepas Mbappe dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Neymar dari madu menjadi racun

Malangnya, Neymar dengan gaya fancy-nya telah melakukan penalti yang sangat lemah dan teruk. Salah satu penalti paling teruk dalam liga utama Eropah musim ini selepas kita melihat aksi Zaha sebelum ini.

Jika Neymar skor penalti itu, ianya boleh menaikkan lagi semangat PSG dan membunuh semangat Nantes secara perlahan lahan. Namun sebaliknya akan berlaku jika Neymar gagal. Dan Neymar gagal!

Neymar sendiri memberikan reaksi bahawa dia sendiri tak sanggup untuk mengenangkan penalti itu lagi.

Saksikan di sini:

PSG terus mendominasi penguasaan bola, tetapi Lafont tidak lagi membenarkan gawangnya bolos.

Korang boleh layan highlight penuh di sini:

BACA JUGA:

[VIDEO] Selepas Skor Screamer Ala Robben, Zaha Melakukan Antara Penalti Terburuk Dalam Sejarah EPL

Baca yang lain