VIDEO: Ketika Trump Suruh Wartawan Wanita Ini Pergi Tanya China

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kini menjadi perhatian dunia. Korang bayangkan, pentadbiran beliau menyokong dasar lockdown, Trump pula beberapa kali meraikan pembukaan beberapa bandar yang majoriti penyokongnya.

Isu wabak yang ada pada hari ini berasal dari China. Namun ianya adalah masalah global. Tetapi tidak bagi Trump.

Dalam satu sidang media minggu lalu, Trump diasak teruk dengan soalan wartawan. Donald Trump secara tiba-tiba menamatkan sidang media selepas menerima satu soalan daripada wartawan Asia-Amerika.

Beliau sebaliknya memberitahu wartawan berkenaan: “Jangan tanya saya. Tanya China.”

Trump sebelum itu pada sidang media di Rose Garden, White House berkata, AS mendahului dunia dari segi ujian pengesahan virus yang sedang melanda.

Lalu seorang wartawan CBS News, Weijia Jiang bertanya: “Adakah ini penting? Apakah ini satu pertandingan kepada anda sedangkan setiap hari rakyat AS meninggal dunia dan kes semakin meningkat,” kata wartawan itu.

Trump kemudian berkata: “Kehilangan nyawa berlaku di seluruh dunia. Mungkin, anda perlu bertanyakan soalan itu kepada China dan boleh mendapat jawapan luar biasa”.

Jiang kemudian bertanyakan: “Adakah jawapan itu ditujukan spesifik kepada saya?”

Jiang mengesyaki Trump sengaja menujukan jawapan kontroversi itu kepadanya kerana dia adalah wartawan yang berbangsa Cina.

Ia dibalas oleh Trump: “Saya tidak merujuk kepada sesiapa pun. Saya hanya merujuk kepada orang yang bertanyakan soalan jahat seperti itu.”

Trump kemudian diasak seorang lagi wartawan yang menyatakan Trump memanggil namanya untuk bertanyakan soalan tetapi terus menyuruh wartawan lain pula mengambil giliran bertanya.

Trump berkata wartawan itu memang dah dipanggil tetapi dia tak mengendahkannya maka sesi dia dah berakhir. Terpinga pinga semua orang kat situ.

Dan Trump terus menamatkan sidang medianya dengan serta merta.

Korang boleh saksikan sidang media panas itu di sini:

Ini bukan pertama kali Donald Trump melayan wartawan seperti budak budak. Dia memang kerap membuatkan wartawan sakit hati di dalam sidang medianya.

Penganalisis politik Tara Setmayer dalam akaun twitternya membangkitkan hal itu sebagai kejadian memalukan, rasis, dan merujuk kepada kemarahan Trump karena pertanyaan Jiang. Trump dianggap tidak mampu menangani seorang wanita yang cerdas dan tegas.