[VIDEO] Khaby Lame Terciduk Cuba ‘Scam’ Zlatan Dalam Squid Game

Penyerang AC Milan turut serta ke dalam scene kegilaan ramai ke atas siri Netflix Squid Game.

Dan lebih gila, Zlatan bergandingan dengan sensasi Tik Tok, Khaby Lame dalam video terbaru mereka.

Zlatan Ibrahimovic telah mengambil peranan sebagai pengawal dalam siri Netflix yang terkenal Squid Game.

Bintang Sweden itu berkongsi video itu di akaun media sosialnya pada hari Isnin, menampilkan bintang TikTok Khaby Lame.

Lame, terkenal kerana mempersendakan video life hack yang menyusahkan diri di platform, muncul sebagai salah seorang peserta permainan Squid Game kali ini dalam acara meniti titian kaca.

Lame sepatutnya berjalan di atas panel jambatan kaca, separuh daripadanya rapuh dan separuh lagi cukup kuat untuk menampung berat badan seseorang. Sama ada dia akan mati atau terselamat dalam permainan tersebut bergantung kepada kaca yang dia pilih.

Dalam gaya tanda dagangannya, Lame nampaknya mencari cara mudah untuk mengalahkan permainan, hanya berjalan menerusi bingkai kaca yang kukuh di tengah tengah sambil mempersendakan peserta lain yang tak terfikir betapa mudahnya cara itu.

Ketika tiba di seberang, Lame dengan selamba menunjukkan kepada pengawal bahawa semuanya mudah sambil dengan gaya ikonik tangannya.

Namun pengawal itu menahan Khaby Lame dan membuka topengnya. Alangkah terkejutnya Khaby Lame, kerana pengawal itu adalah Zlatan Ibrahimovic.

Lame boleh membuat peraturan sendiri dengan sesiapa sahaja dalam media sosial. Tetapi bukan dalam permainan Zlatan.

Zlatan kemudian hanya merenung tajam Khaby dan dia pun terjatuh. Sambil Zlatan menunjukkan reaksi tangan Khaby Lame.

Dalam tweetnya Zlatan berkata: “Permainan Saya Peraturan Saya.”

Squid Game ialah siri mini Korea Selatan baharu yang telah menarik perhatian Netflix.

Siri ini melibatkan peserta yang ada masalah kewangan dan banyak hutang menerima jemputan aneh untuk bertanding dalam permainan kanak-kanak, tetapi dengan pertaruhan maut.
Rancangan itu dikeluarkan tahun ini dan telah menjadi salah satu rancangan paling berjaya dalam sejarah Netflix.

BACA JUGA: Tanpa Bergelek Atau Bercakap, Khabane Lame Dapat RM92K Untuk Satu Video Beberapa Saat

Khabane Lame merupakan pencipta konten untuk TikTok. Dan kini dia menjadi antara pencipta konten paling popular di dunia menerusi platform tersebut.
TikTok biasanya dikaitkan dengan aktiviti bergelek oleh remaja dan belia. Namun Khabane Lame mencipta populariti hanya dengan ekspresi muka tanpa perlu menari dan bercakap.

Pendekatan itu juga membuatkan konten diciptanya merentasi sempadan negara, bangsa, dan bahasa. Di mana semua orang di dunia memhaminya dengan isyarat dan kelakuannya.

Dia menghasilkan konten yang menyindir Life Hack. Di mana Lame menunjukkan betapa mudahnya hidup jika kita tidak sengaja menyusahkan diri.

@khaby.lame

Why?!😭😭#LearnWithTikTok #LearnFromKhabi #ImparaConTikTok

♬ suono originale – Khabane lame

Lame seringkali menggelengkan kepala kepada beberapa tips oleh life hack yang tak berguna serta merumitkan.

Sedikit tentang latar belakang Lame. Dia kini memiliki lebih 66 juta pengikut di TikTok – lebih banyak daripada populasi rakyat Itali – dan 19.4 juta pengikut di IG. Mark Zuckerberg tauke IG pun kena tapau tau.

@khaby.lame

Boss.. Only in two weeks? 🙌🏿🤣Mention Mark Zuckerberg on comment in my Instagram I’ll follow 1 of you guys.#learnfromkhaby #LearnWithTikTok

♬ Steven Universe – L.Dre

Lame lahir di Senegal dan dibesarkan di Chivasso, Itali. Siapa sangka pemuda awal 20-an itu mencipta nama sebagai sensasi internet.

Peak kepada kegemilangan Lame adalah berjaya menambah 15 juta pengikut dalam masa dua minggu. Perkongsian laman peminat yang lain serta reddit membantu Khabane Lame meningkatkan popularitinya.

Selepas menempa kegemilangan menerusi TikTok dan Instagram, Khabane Lame kemudian membangunkan lagi empayarnya di YouTube.

Malah figura awam seperti Del Piero dan Arthur pun pernah berada dalam video Lame. Punyalah power.

@khaby.lame

From Idol to Uncle it’s just a moment, This apple is for you🤣@alessandrodelpiero Da Idolo a Zio è un attimo, questa mela è per te. #LearnFromKhabi

♬ suono originale – Khabane lame

@khaby.lame

Who is the real avenger? Bro @arthurhmelo you need my help 🤣 Chi è il vero Avenger? Bro hai bisogno del mio aiuto!🤣#learnfromkhaby

♬ suono originale – Khabane lame

Menurut Starsunfolded, Khaby Lame kini menjana $13,380 sehingga $22,300 bersamaan dengan sekitar RM55,232.64 sehingga RM92,054.40 untuk setiap satu video yang beliau hasilkan. Video tersebut biasanya hanya beberapa saat sahaja.

Selain daripada video tentang memudahkan life hack yang entah apa apa, Khaby juga suka membuat video kelakar yang lain.

@khaby.lame

Boss.. one shot – 3 points 🙌🏿🤣Mention @kingjames on comment under this video and on my Instagram and I’ll follow 1 of you guys🤣 #learnfromkhaby

♬ suono originale – Khabane lame

Di sebalik popularitinya, Khaby Lame sebenarnya memiliki latar belakang yang sukar. Dia tiba dari Dakar, Senegal pada 2001 bersama dengan ibu bapanya yang bermigirasi ke Itali.

Dia memang mahu membantu keluarganya mengubah nasib mereka. Namun tak sangka rezekinya melimpah ruah menerusi internet. Dia sendiri tidak menyangkanya.

Bercakap kepada Corriere Della Sera, lame berkata: “Sekarang saya nak buat kerja saya, menghiburkan orang, membuatkan orang ketawa, dan membantu ibu bapa, rakan rakan dan jiran saya. Saya terhutang budi segalanya dekat mereka.”