Video: Killer Pass ‘Jahat’ Daripada Douglas Luiz

Killer pass merupakan satu hantaran yang membelah pertahanan, at least di antara dua orang la. Ia juga digelar penetrative pass / split pass.

Ianya adalah hantaran yang bahaya apabila dilakukan lawan. Ini kerana hantaran ini membunuh ruang dan juga secara numerical.

Untuk permainkan sesebuah pasukan itu meningkatkan keupayaan killer pass, biasanya mereka melakukan sesi Rondo yang berkualiti.

Dalam aksi di antara Aston Villa dan juga Brigton semalam, tertarik dengan gol oleh Jack Grealish.

Ini kerana ianya terbina daripada satu Killer Pass yang sangat cantik. Killer pass tersebut adalah daripada Douglas Luiz.

Luiz melakukan satu antara melancong dari kanan membelah pertahanan lawan. Ianya adalah killer pass agak tinggi. Tetapi ketepatan bola sangat luar biasa.

Hantaran pembunuh itu berjaya menewaskan / eliminating 3 pemain lawan yang tak mampu menjangkau bola tersebut.

Jack Grealish kemudian dengan tenang melakukan kawalan kemas dan melakukan rembatan yang tepat ke arah gawang Brighton.

Bagi saya Jack Grealish telah memberikan penghormatan / compliment sebaiknya kepada hantaran itu. Jika tak, pasti tiada siapa nak menghargainya lebih.

Kini hantaran itu menjadi satu assist yang sangat cantik. Nah lihat di bawah ni:

Walaupun kau itu cantik namun Aston Villa ketika ini berada dalam keadaan yang kurang cantik. Mereka bergelut dengan prestasi pada musim ini.

Mereka seri dengan Brighton dalam aksi EPL semalam. Ketinggalan pada minit ke-38, menerusi jaringan Trossard.

Villa kini berada di zon penyingkiran meskipun pada musim ini sudah berbelanja lebih £100 juta untuk pembelian pemain.

Jadi tak hairanlah mereka pada awal musim dianggap sebagai calon dark horse dalam persaingan liga perdana Inggeris / EPL musim ini.

Walau bagaimanapun secara peribadinya Jack Grealish telah menikmati musim yang cemerlang. Pemain yang pernah dikaitkan dengan Tottenham Hotspur sebelum ini, walaupun ketika itu beliau bermain di Liga Championship.

Pemain sensasi Aston Villa, Jack Grealish sekarang ini sudah menjaringkan tujuh gol dalam Liga Perdana Inggeris untuk pasukannya.

Ini telah menjadikan beliau antara pemain tengah yang paling cemerlang.

Beliau telah menyumbang secara langsung kepada gol Aston Villa, sama ada menjaringkan gol atau mencipta assist, sebanyak 41% daripadanya.

Misi Jack Grealish dengan Aston Villa sekarang adalah cuba mengelakkan musim ‘Fulham’. Pasukan yang berbelanja besar selepas naik ke Liga utama, namun pada musim berikutnya mereka tersingkir.

Penyokong Aston Villa pasti tak mahu keadaan itu melanda mereka.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di