[VIDEO] Kimpembe Menghentikan Serangan Balas 4 vs 1 Ini Dalam Keadaan Cedera Hamstring

Presnel Kimpember melakukan salah satu tackle terbaik yang pernah disaksikan.

Pada kedudukan pasukannya diserang dengan dia berada dalam situasi 1 vs 4, Kimpembe mematikan serangan balas itu dengan cemerlang.

Pada minit ke-78 perlawanan Ligue One malam tadi –  Lille, pasukan tuan rumah melakukan serangan balas pantas.

Mereka menggerakkan bola dari kiri ke kanan sehingga membentuk keadaan empat lawan satu.

Mereka hanya perlu mengatai Kimpembe untuk berdepan dengan penjaga gol dalam kedudukan terbuka.

Timothy Weah memberi bola kembali kepada penyerang Turki, Burak Yilmaz ketika dia berlari ke arah gawang tetapi Kimpembe, walaupun sebelum melakukan bentesan itu, Kimpembe dilihat terhincut hincut sedikit kerana kecederaan di hamstring.

Kimpembe  berlari pada waktu dengan tepat dan menghentikan peluang yang sangat berbahaya daripada Lille.

Setelah melakukan bentesan dengan meluncur yang sangat penting, dia kemudian terus menghantar bola kepada rakan sepasukan sambil dia berbaring di atas padang kerana kesakitan.

Tetapi PSG terpaksa menendang bola keluar dari permainan dan akhirnya menggantikan pemain berusia 25 tahun itu kerana kecederaan otot yang dialami.

Namun, kepahlawanannya tetap berperananan penting dalam membantu pasukan Thomas Tuchel daripada kalah. Keputusan perlawanan kekal 0-0 dan PSG terus kekal di puncak liga,

Dengan Neymar cedera dan rakan bintang Kylian Mbappe akhirnya kembali cergas dan masuk sebagai pemain gantian. Namun peranannya sangat terhad.

PSG Kini dengan 32 mata dari 16 perlawanan.

Astuteball menyatakan: “Selain Van Dijk, Presnel Kimpembe adalah cukup bagus seperti ramai pemain bek tengah berkualiti yang lain.”

“Dia memegang hamstringnya, namun masih mampu mematikan serangan balas 4 vs 1 dengan bentesan meluncur yang sempurna.”

“Kepanatasan, ketenangan dan antisipasi ketika mengalami kecederaan yang sakit adalah luar biasa.”

“Aksi pertahanan luar biasa daripada Presnel. Satu serangan 4 vs 1, dia menarik hamstringnya sebelum melakukan bentesan terakhir. Luar biasa.”

Satu semangat juang yang sangat tinggi dan wajar mendapat pujian.

PSG dalam misi mahu meneruskan lagi dominasi mereka dalam Ligue 1. Dan pada masa yang sama mereka dalam persiapan untuk berdepan dengan Barcelona dalam pusingan kalah mati UCL.

UCL masih keutamaan projek wang besar di PSG sejak pemilikan Qatar di kelab tersebut.