Penjaga gol lagenda Denmark dan Manchester United, Peter Schmeichel merupakan salah satu punca kenapa peraturan back-pass atau hantaran ke belakang telah ditukar buat selama-lamanya.
Peter Bolesław Schmeichel mula dikenali dunia selepas menyertai Manchester United pada 6 Ogos 1991 dengan yuran perpindahan £505,000 dan mencipta pelbagai kegemilang selama 8 tahun di Old Trafford.
Sebelum menyertai Manchester United, Peter Schmeichel telah pun mencipta sejarah tersendiri dalam peradaban bola sepak dunia yang akan dikenang sehingga kini dan selamanya.
Semulanya bermula di Piala Dunia tahun 1990 apabila kejohanan paling unggul dalam bola sepak telah dilabelkan sebagai hambar, pudar dan boring nak mati di mana banyak hantaran kebelakang dilakukan mencari penjaga gol.
Pada ketika itu bola hantaran kebelakang bola ditangkap dan dipegang penjaga gol dengan riang sekali tidak seperti sekarang dan peluang ini digunakan oleh pasukan secara meluas untuk membazirkan masa tanpa rasa melekit.
I would like to wish a very happy and gloriously cynical 30th birthday to That Absolutely Ridiculous Graeme Souness Backpass Against Dynamo Kiev in the European Cup pic.twitter.com/vaWgSNJkqg
— Adam Hurrey (@FootballCliches) September 30, 2017
Kat atas ini sampel video hantaran ke belakang zaman dulu kala yang dilakukan oleh Graeme Souness dari depan kotak penalti lawan ketika menentang Dynamo Kiev dalam perlawanan European Cup(UCL sekarang).
Macam Setan bukan?
Hantaran kebelakang ini telah menjadi taktik hampir buat semua pasukan ketika itu untuk menghilangkan ketegangan di tengah padang dan kemuncak kepada perbuatan yang membosankan ini pada tahun 1992.
Denmark telah menggunakan taktik ini dengan begitu cemerlang, gemilang lagi terbilang apabila muncul juara kejohanan terulung itu selepas menewaskan Jerman dengan dua gol tanpa balas di perlawanan akhir.
Video rangkuman aksi hantaran ke belakang pemain Denmark kepada penjaga gol mereka, Peter Schmeichel telah menjadi tular dan selepas itu peraturan baru mula diperkenalkan bagi menghapuskan taktik yang membosankan ini.
Hantaran demi hantaran ke belakang dibuat kepada Peter Schmeichel yang hanya menahan dan menunggu pemain Jerman datang, bila dah dekat terus tangkap. Kau bayang apa perasaan pemain Jerman masa ini. Kesian.
On Peter Schmeichel’s birthday it’s worth remembering when Denmark shithoused their way to winning Euro 92 by exploiting the pass-back rule so much that it was then changed https://t.co/mKdO1zJCDE
— Elliot Hackney (@ElliotHackney) November 18, 2019
Perlawanan pertama yang menggunakan peraturan baru back pass ini terjadi di Sukan Olimpik 1992 dan sudah pasti kekeliruan terjadi pada awal peraturan ini diperkenalkan kerana penajga gol tidak boleh lagi memegang bola dari hantaran kebelakang.
Pada tahun 1997 peraturan ini diperluaskan lagi di mana penjaga gol tidak dibenarkan lagi untuk memegang bola apabila menerima lontaran ke dalam secara terus daripada rakan sepasukan.
Peraturan hantaran kebelakang ini telah disebut sebagai salah satu perubahan peraturan paling popular dan berjaya dalam sejarah bola sepak moden kerana peraturan ini memberi impak besar :
1. Mencegah perlawanan yang bapak hambar dan bosan. Manchester United atau Jose Mourinho patut diharamkan?
2. Membolehkan penjaga gol menjadi lebih padu mengawal bola menggunakan kaki.
3. Menjadi pemula kepada evolusi dalam permainan, maka wujudlah “sweeper-keeper”.
Peraturan ini melarang penjaga gol menangkap dan memegang bola dengan tangan apabila menerima hantaran dengan kaki atau lontaran kedalam daripada rakan sepasukan dan ini termaktub dalam Law 12, Section 2 of the Laws of the Game.
Lihatlah sendiri bagaimana back pass telah membawa Denmark menuju ke mercu kejayaan Euro 1992. Salah satu kejutan terbesar dalam sejarah dunia.