Mohamed Salah kelihatan marah ketika dikeluarkan oleh Jurgen Klopp. Keputusan Klopp itu sebenarnya mengundang persoalan. Kerana beliau mengeluarkan pemain yang merupakan penjaring terbanyak dalam pasukannya.
Di kala Liverpool bergelut dalam krisis, Mohamed Salah masih lagi pemain yang menjaringkan 20+ gol semusim untuk Liverpool.
Liverpool kalah lagi di Anfield. Dan kali ini di tangan pasukan Tuchel, Chelsea. Mason Mount menjadi penjaring gol kemenangan Chelsea pada separuh masa pertama.
Jamie Carragher antara yang terkejut dengan keputusan Klopp mengeluarkan Mohamed Salah.
Carra berkata: “Terkejut melihat Klopp mengeluarkan Mohamed Salah. Jelas sekali mamat tu tak gembira. Liverpool perlukan gol dan dia adalah adalah penjaring terbanyak liga.”
I was lost for words when I seen that Salah was going off, I don’t know what Klopp was thinking, but we feel for you Mo😭♥️pic.twitter.com/gdGygf8UUi
— Laura💞 (@MursAndSalah) March 4, 2021
Wartawan tepi padang Matt Critchley melaporkan bahawa, Salah mungkin dikeluarkan kerana tidak membantu pasukannya ketika bertahan.
Di mana sebelum itu, Klopp menjerit kepada Salah untuk track back dan membantu pertahanan. Salah ketika itu hanya berlari lari anak, dan kemudian Klopp terus berbincang dengan Ljinders. Tiba tiba nama Salah dinaikkan untuk ditukar.
Salah not happy at being taken off. Shaking his head as walked to bench. But 5 mins ago Klopp was screaming at him to track back & help out defensively, he was a long way off. Bit of a half hearted jog. Klopp turned to Ljinders almost straight away & they discussed replacing him
— Matt Critchley (@MattCritchley1) March 4, 2021
Ejen kepada Mo Salah kemudian memuat naik satu mesej yang penuh tanda tanya. Di mana beliau menulis titik pada status twitternya, beberapa minit selepas Salah dikeluarkan.
Adakah itu petanda Salah bakal angkat kaki?
.
— Ramy Abbas Issa (@RamyCol) March 4, 2021
Mohamed Salah dikaitkan dengan Real Madrid dalam beberapa minggu ini.
Selepas tamat perlawanan, Jurgen Klopp menjelaskan bahawa beliau terpaksa mengeluarkan Mo Salah kerana melihat pemain itu agak bergelut di atas padang.
Klopp menyatakan bahawa, intensiti daripada pasukan Tuchel adalah salah satu sebab kenapa Mo Salah dikeluarkan. Di mana Salah kelihatan kurang cergas sepenuhnya untuk berdepan dengan intensiti tinggi itu.
“Saya nak bawa masuk pemain yang segar. Mo Salah nampak macam bergelut sikit hari ni. Dia dah main banyak perlawanan. Ya, mungkin juga saya patut keluarkan Bobby atau Sadio, tapi jelas sekali pada momen tadi saya terpaksa keluarkan Mo Salah.”
🗣 "He looked like he suffered a little bit, you're right I could've taken off Sadio or Bobby."
Jurgen Klopp explains his reasoning behind taking Mo Salah off pic.twitter.com/aTSaOpMYWU
— Football Daily (@footballdaily) March 4, 2021
“Dia tak puas hati ke, itu bukan masalahnya. Saya boleh tukar pemain lain, tetapi dia nampak terkesan dengan intensiti pada hari ini, dan saya tak nak merisikokan dia. Saya kenal dia sudah lama, dan dia biasanya nampak segar. Dan tadi adalah petanda untuk tidak merisikokan dia.”