Pablo Escobar merupakan kartel dadah paling popular dan berpengaruh dalam sejarah.
Escobar sudah lama meninggal dunia. Namun dalam dunia ini memang ada pelanduk dua serupa.
Itulah yang dilihat oleh Klopp dan Fred dalam dua malam berturut turut Escobar membuatkan orang geli hati.
Wartawan tersebut secara kebetulan bernama Fred. Nama penuh beliau ialah Fred Caldeira dari Esporte Interativo.
Beliau ditugaskan di dua venu klasik di England minggu ini iaitu Anfield dan Old Trafford.
[@fredcaldeira] pic.twitter.com/K4tBHtxVGn
— United Zone (@ManUnitedZone_) October 29, 2020
Wartawan tersebut menemuramah Fred selepas aksi Man United berdepan Leipzig.
Fred berseloroh berkata: “Ada orang kata mukanya macam Escobar,” sambil Fred ketawa kecil selepas wartawan menyatakan sehari sebelum itu Klopp menganggap wartawan itu mirip Escobar.
Hoje foi a vez do assessor do Manchester United e do @Fred08oficial…acho que virei Escobar mesmo, tem mais jeito não. pic.twitter.com/6Zj4X69RDr
— Fred Caldeira (@fredcaldeira) October 29, 2020
Wartawan yang sama juga bertugas di Anfield dalam aksi kemenangan 2-0 Liverpool ke atas FC Midtjylland.
Klopp agak takjub melihat pesona di hadapan matanya sambil cuba mengingat kembali nama Escobar.
“Wow! Siapa tu, apa nama filem pengedar dadah Colombia tu,” kata Klopp yang bergelut nak mengingat kembali nama Pablo Escobar.
“Ada sikit sikit [iras]! Saya ada dengar cerita tentang kumisnya itu, tapi tak apa kita tak perlu ambil berat sangat tentang itu,” kata Klopp yang kembali fokus kepada wawancara itu.
Jurgen Klopp on Pablo Escobar and moustaches.
A somewhat very 2020 sentence right there. pic.twitter.com/Lzl96CjCe2
— The Redmen TV (@TheRedmenTV) October 28, 2020
Manchester United dan Liverpool melengkapkan lagi minggu cemerlang kelab EPL. Ini apabila kesemua 4 wakil England menang dalam perlawanan UCL minggu ini.
Fred antara watak cemerlang sekali lagi untuk Man United.
Klopp berjaya merencana strategi dengan kecederaan melanda beberapa pemain utamanya di barisan pertahanan.
Siapa Pablo Escobar
Pablo Emilio Escobar Gaviria (1 Disember 1949 – 2 Disember 1993) adalah seorang pengedar dan pengedar dadah Colombia.
Pada kemuncak kerjayanya, menganggarkan 80% kokain yang diseludup ke Amerika Syarikat, membolehkannya meraih pendapatan peribadi sebanyak $21.9 bilion setahun.
Sering disebut “Raja K0kain”, dia adalah penjenayah terkaya dalam sejarah, dengan kekayaan bersih yang diketahui dianggarkan bernilai $30 bilion pada awal tahun 1990-an,menjadikannya salah satu lelaki terkaya di dunia pada masa itu.
Escobar dilahirkan di Rionegro, Colombia, dan dibesarkan di Medellín berhampiran. Setelah belajar di Universidad Autónoma Latinoamericana di Medellín, dia berhenti tanpa segulung ijazah dan mula terlibat dalam kegiatan jenayah yang melibatkan penjualan rokok seludup, bersama dengan tiket loteri palsu, dan mencuri kereta.
Pada tahun 1970-an dia mulai bekerja untuk pelbagai penyeludup haram, sering menculik dan menahan orang untuk tebusan sebelum mula mengedar k0kain serbuk sendiri, dan juga mewujudkan jalan penyeludupan pertama ke Amerika Syarikat, pada tahun 1975.
Penyeludupan dadahnya ke pasaran AS berkembang secara mendadak kerana meningkat permintaan tinggi.
Dan pada tahun 1980-an, dianggarkan 70 hingga 80 tan dadah dihantar dari Colombia ke AS setiap bulan.
Jaringan kartelnya digelar Medellín Cartel, yang sering bersaing dengan kartel saingan di dalam dan luar negara, yang mengakibatkan banyak pembunuhan dan kematian polis, hakim, penduduk tempatan dan ahli politik terkemuka.
Escobar memberikan polis, hakim atau sesiapa sahaja pilihan; “Terima suapan dari saya? atau terima peluru dari saya?”
Pada tahun 1982, Escobar dipilih sebagai anggota ganti Dewan Perwakilan Colombia sebagai sebahagian daripada Parti Liberal Colombia.
Dia bertanggung jawab atas pembangunan banyak hospital, sekolah, dan gereja-gereja di Colombia barat, yang memberinya populariti di kalangan penduduk setempat.
Walaupun karier politiknya nampak cemerlang, Escobar akhirnya difitnah salah guna kuasa. Akhirnya dia ditembak dan dibunuh oleh Polis Nasional Colombia, di kampung halamannya, 24 jam selepas ulang tahun kelahirannya yang ke-44.