[VIDEO] Klopp Jelaskan Kenapa Mane Tarik Muka Tak Nak Salam Dengannya Pada Malam Raya

Di sebalik kemenangan Liverpool pada aksi menentang Man United pada malam Raya, Sadio Mane pula terlibat dalam kontroversi apabila menolak untuk bersalaman dengan Klopp.

Mane masuk pada separuh masa kedua dalam aksi Derbi Barat Laut tersebut. Di mana Liverpool menang 4-2 di Old Trafford.

Di kala semua insan lain bergembira pada Hari Raya, Sadio Mane pula sedikit kecewa. Selepas wisel penamat dibunyikan, Klopp pergi masuk ke padang untuk bersalaman dengan pemain beliau dan pemain Man United.

Tetapi Mane tiba tiba tarik muka dan membaling pembalut tangannya. Klopp agak terkejut dan terpinga pinga.

Sikap diva Mane itu membuatkan ramain penyokong Liverpool marah dengannya. Kerana menurut mereka, Mane memang berhak direhatkan buat seketika dan memberikan peluang kepada Jota yang on form musim ini.

Mane mengalami krisis prestasi. Dan beliau sendiri sebelum ini kritikal ke atas prestasi dirinya sendiri dengan menganggap ini adalah musim terburuknya dalam bola sepak secara individu.

Jurgen Klopp kemudian menjawab wartawan tentang insiden tersebut. Dan Klopp menegaskan tiada apa apa yang berlaku. Segalanya baik baik sahaja.

Mane kecewa kerana namanya kena pangkah pada saat saat akhir, sehari sebelum perlawanan. Membuatkan Mane tiada dalam kesebelasan utama. Klopp pula tidak sempat menjelaskan kepada Mane tentang perkara itu. Sibuk kot.

Klopp berkata: “Tidak ada masalah pun. Semalam saya membuat keputusan saat akhir dalam sesi latihan untuk memilih menggunakan Diogo Jota. Saya biasanya menjelaskan kepada pemain tentang perkara seperti itu. Namun semalam tak ada masa pula.”

“Segalanya baik baik sahaja.”

Ini bukan pertama kali Sadio Mane merajuk depan kamera. Sebelum ini marah dengan Salah. Namun Mane tetap seorang yang baik hati dan cepat sejuk. Sebab itu Klopp yakin segalanya akan baik baik sahaja.

Liverpool ketinggalan terlebih dahulu dalam perlawanan ini selepas rembatan Fernandes terbias pada Nat Phillips. Namun Liverpool bangkit dengan 3 gol untuk menjadikan kedudukan 3-1.

Diogo Jota menjaringkan gol pembukaan minit ke-34 hasil ciptaan peluang oleh Phillips.

Pada masa kecederaan sebelum rehat, Roberto Firmino meletakkan Liverpool di hadapan. Awal separuh masa kedua, sekali lagi Firmino menjaringkan gol.

Man United memberikan detik cemas kepada Liverpool apabila Rashford merapatkan kedudukan menjadi 3-2.

Namun Mohamed Salah memastikan 3 mata milik Liverpool dengan gol cantik pada minit ke-90.

Baca yang lain