[VIDEO] KO Dengan Tumbukan Superman Di Acara MMA Milik Khabib

Mehdi Dakaev mungkin baru sahaja melakukan tumbukan KO paling padu pada tahun 2021 ini. Dan dia melakukannya pada bulan terakhir kalendar tahun ini.

Dakaev melakukan tumbukan terbang ala Superman itu dalam aksi pertarungan MMA yang dimiliki oleh Khabib iaitu Gorilla Fighting Championship ataupun Kejohanan Pertarungan Gorilla .

Selepas bersara daripada sukan itu dengan rekod 29-0 yang sempurna, bekas juara kelas ringan UFC itu telah memberi tumpuan untuk membangunkan sukan tempur MMA di negara asalnya, Rusia.

Khabib membeli promosi Kejuaraan Pertarungan Gorilla dengan harga $1 juta dan menjenamakan semulanya kepada Kejohanan Pertarungan Helang ataupun Eagle Fighting Championship. Helang ataupun Eagle adalah nama panggung untuk Nurmagomedov di pentas MMA terutama sekai di Oktagon UFC.

Acara terbaru, EFC 43, berlangsung di Moscow dan menampilkan acara kad utama untuk pertarung Rusia ketika Mehdi Dakaev bertembung dengan Makkasharip Zaynukov.

Ianya menjadi perhatian ramai di Rusia kerana usaha Khabib Nurmagomedov yang mempromosi acara ini dengan kuat sekali menerusi platformnya.

Dan di dalam pertarungan tersebut, Dakaev memperoleh kemenangan dengan cara yang menakjubkan apabila dia menghasilkan penyudah tumbukan superman yang gila.

Selepas menghayun liar dengan cangkuk / hook kiri dalam kombinasi tumbukan pantas, dia terus melayangkan badannya (diving) ke arah lawannya dan menumbuk dagu dengan serangan yang dahsyat semasa dia berada di udara.

Lawannya ketika itu hanya mampu menahan asakan dengan mulai hilang keseimbangan badannya.

Timing yang tepat dan juga teknik yang sempurna juga menjadi perkara penting dalam KO tersebut.

Zaynukov telah tersungkur ke kanvas kerana tumbukan terbang itu. Dan pengadil terpaksa campur tangan untuk menghentikan Dakaev yang meluru melompat untuk memastikan dia mendapat KO.

Ianya dianggap sebagai KO yang luar biasa dan liar.  Dakaev meningkatkan lagi kad skor beliau kepada 14-2 dengan salah satu kemenangan paling mengagumkan dalam kerjayanya dan juga membuat mempertahankan bengkung kejuaraan kelas ringan.

ESPN MMA menulis: “Dia sebenarnya melayangkan dirinya untuk knockout [KO].”

Saksikan sendiri di sini aksi tumbukan Superman itu: