[Video] KO Terbaik Tahun Ini, Tendangan Kepala Lutut Terbang Sandhagen Yang Buatkan Lawan Pengsan

Cory Sandhagen melakukan salah satu KO terbaik dalam sejarah kariernya. Dan ia sudah pastinya KO terbaik dalam tahun 2021 ini untuk UFC memandangkan tahun masih awal.

Cory melakukan flying knee yang membuatkan Frankie Edgar KO dalam 28 saat. Dianggap sebagai salah satu KO terbaik dalam sejarah UFC dalam aksi di Apex, Vegas.

Sandhagen melakukan lompatan dan menyerang lawannya dengan kepala lututnya ketika Frankie Edgar menundukkan kepalanya, refleks kepada tindakan lincah Sandhagen.

Ternyata ia bukan tindakan yang sepatutnya diambil Edgar.

Masa dan waktu yang tepat untuk Sandhagen menjatuhkan lawannya sehingga tak berdaya.

Pengadil, Keith Peterson lantas memberikan isyarat kepada petugas perubatan untuk naik.

Edgar pengsan beberapa minit dan keadaan agak panik juga awalnya. Namun selepas itu Edgar disashkan ok dan tidak apa apa.

Lihat sendiri detik tersebut di sini:

MMA Mindset berpendapat bahawa KO kali ini lebih bagus daripada KO Masvidal ke atas Ben Askren tahun lalu.

Sandhagen berkata: “Saya seronok, tapi dia adalah Frankie Edgar [jadi tak best pulak]. Saya tak sanggup melihat semula apa yang berlaku tadi kepadanya.”

Ianya kemenangan yang sangat bererti buat  Sandhagen dalam kelas bantamweight.

Malah beliau turut meletakkan namanya dalam senarai menunggu paling utama bagi mencabar pemenang di antara Petr Yan dan Aljamain Sterling – yang akan bertarung bulan depan.

Sterling pernah menyingkirkan Sandhagen dalam pusingan pertama musim lepas.

Sandhagen berkata dia sudah tak sabar nak balas dendam: “Aku sekarang raksasa yang berbeza daripada ketika aku berlawan dengan Aljamain Sterling,”

“Dia mengajar aku beberapa penjagaran daripada pertarungan itu dulu. Saya tahu, Yan ada bercakap bahawa dia sudah memikirkan bahawa dia berkira kira nak bertemu T.J. [Dillashaw] selepas pertarungan itu nanti.”

“Itu cakap sampah natang mung. Aku ni macamana? Aku pertarung paling lasak. Lawan akulah hanat. Jika Aljamain menang, aku nak bayar hutang dia dulu.”

Baca yang lain