Video Kobe Dan Gianna Berbincang Taktik Bola Keranjang Buat Netizen Sebak

Hari ini dunia kehilangan salah seorang atlet terbaik di dalam sejarah iaitu Kobe Bryant.

Kobe Bryant, 41, telah meninggal dunia dalam nahas helikopter yang berlaku di Calabasas, California.

Kemalangan helikopter peribadi milik Kobe Bryant itu dinaiki beliau dengan anak perempuannya, Gianna ‘Gigi’ Bryant, yang baru berusia 13 tahun, bersama dengan 7 lagi individu yang lain.

Helikopter peribadi milik Kobe Bryant – Sikorsky S-76B – meragut kesemua mereka yang berada dalam pernerbangan itu pada kira-kira 10 pagi.

Kobe Bryant menghabiskan masa 20 musim kariernya dengan bermain untuk Los Angeles Lakers. Menjadikan beliau sangat ikonik dengan LA Lakers.

Bryant aka Black Mamba adalah pemenang lima kejuaraan NBA sepanjang kariernya.

Beliau dihormati oleh kawan dan lawannya kerana karisma dan juga kehebatannya.

 

Satu video memaparkan Kobe Bryant dan anaknya Gianna menghadiri perlawanan NBA di antara Atlanta Hawks dan Brooklyn Nets.

Dalam video tersebut, Kobe dan Gianna sedang berbincang tentang soal taktikal dan teknikal dalam permaianan NBA. Video itu dirakan pada 21 Disember 2019.

Ianya jelas menunjukkan  Gianna memang anak beliau yang paling sama kepala dengannya, meminati sukan bola keranjang.

Bryant sempat mengajar Gianna beberapa perkara dan tips ketika itu.

Ramai yang sebak melihat video tersebut. Hubungan di antara ayah dan anaknya yang memiliki minat yang sama.

Gianna memang sangat meminati bola keranjang dan pernah menyatakan hasratnya untuk menjadi pemain NBA Wanita, menyambung legasi ayahnya.

Akibat Gianna adalah peminat bola keranjang, Kobe telah memberikan sokongan kepada anaknya itu.

Tiada yang lebih baik daripada mendengar penjelasan, berlatih dan menghadiri perlawanan dengan legenda NBA itu sendiri.

https://twitter.com/AuthorRBatista/status/1221616408406167552

Menurut TMZ, Kobe dan Gianna pergi ke Mamba Academy di Thousand Oaks – untuk sesi latihan bola keranjang.  Dan mereka terlibat nahas ketika perjalanan.

Baca yang lain