[VIDEO] Kompilasi Skil Sancho Ini Menunjukkan Betapa Bagusnya Dia

Jika anda mengimpikan pemain lincah yang mampu merencana serangan dan juga rajin untuk melakukan pressing, Jadon Sancho pastinya antara bakat yang harus dipertimbangkan.

Sancho merupakan pemain graduan akademi Manchester City yang meninggalkan kelab tersebut selepas tidak sehaluan dengan Pep Guardiola.

Namun Man City juga antara kelab yang dikaitkan dengan Sancho sebelum ini – untuk membawa pulang pemain itu.

Sancho meminta dilepaskan ke Dortmund kerana mahu mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.

Dengan usianya yang masih muda dan bermain dengan minit perlawanan yang banyak di Dortmund membuatkan Sancho adalah bintang muda yang menjadi buruan banyak kelab.

Namun sejak dua musim lalu Sancho menjadi buruan utama Man United. Tetapi rundingan membawanya ke Old Trafford terhalang hanya kerana harga.

Sancho sudah setuju dengan syarat peribadi dengan United.

Dan pada kali ini tawaran peribadi yang sama dilaporkan diberikan Man United – di mana Sancho ditawarkan gaji £350,000 seminggu serta kontrak sehingga 2026.

Dan sekali lagi Sancho setuju. Serta sekali lagi hanya harga memisahkan Sancho dengan pintu Old Trafford.

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer sangat mahukan Sancho. Kerana beliau adalah pemain sayap kanan yang akan melengkapkan lagi barisan serangan United.

Fabrizio Romano dalam tweetnya berkata:

“Manchester United telah mencapai persetujuan peribadi dengan Sancho dari segi kontrak hingga 2026.”

Beliau kemudian menyatakan bahawa kedudukan Sancho ke United adalah semakin hampir.

Seterusnya Fabrizio menyatakan: “Manchester United tahu sejak April lagi Dortmund mahukan €95 juta untuk Jadon Sancho. Rundingan masih berjalan selepas terma peribadi dipersetujui untuk kontrak sehingga 2026 – sekarang ini berkaitan dengan terma bayaran, cara untuk mengendalikan struktur bayaran bonus dan jaminan €95 juta akan menjadi milik BvB. Rundingan masih berjalan.”

Borussia Dortmund tidak mahu klausa yang tidak ada jaminan akan dapat kepada mereka. Misalnya klausa ballon d’or yang ada pada kontrak Martial pada satu ketika dahulu.

Man United sudah membida dengan nilai sekitar €78 juta sahaja (£67). Dan ianya ditolak terus oleh Borussia Dortmund.

Dortmund malah meminta klausa bonus €5 juta lagi dan harus dibayar dalam tempoh segera.

Dari segi permainan, Sancho merupakan pemain yang boleh beraksi di kesemua posisi serangan termasuk no.10 dan false no.9.

Tetapi poisis utamanya adalah penyerang sayap. Sama ada penyerang sayap kanan ataupun sayap kiri.

Satu video tentang aksi Jadon Sancho dimuat naik oleh peminat Man United. Dan menunjukkan betapa bagusnya pemain sayap elegan ini yang sangat ‘mahal’ aksinya ketika ada bola di kakinya.

 

Jadi, adakah anda rasa wajar untuk Dortmund menolak tawaran hanya £67 juta ataupun €78 juta dariapda United dan berkeras mahukan £78 juta/€90 juta dengan tambahan bonus €5 juta lagi.

Baca yang lain