[VIDEO] Kostas Manolas Ketakutan ‘Disapa’ Singa Ketika Sesi Fotografi Untuk Kelab UAE

Beberapa minggu lalu, Wolves mengadakan sesi penggambaran khas untuk pengenalan pemain menggunakan serigala bagi mengumumkan Diego Costa.

Costa menyatakan ketakutan di hatinya sampai terketar lututnya.

Menurut Costa dia sudah membayangkan bahawa dirinya sangat dekat kematian ketika melakukan penggambaran itu.

Dalam rakaman tersebut, Costa dilihat memegang serigala yang dirantai dalam video itu, salah satunya menampakkan giginya pada kamera menjelang penghujung klip.

Ramai yang menyangka Costa bergambar dengan anjing. Dia berkata: “Itu bukan anjing hanat, itu serigala.”

Costa telah menandatangani kontrak dengan Wolves secara percuma, sebelum ini tanpa kelab sejak meninggalkan Atletico Mineiro pada Januari.

Dia menggantikan pemain baharu yang dibawa masuk pada musim panas, Sasa Kalajdzic, yang mengalami kecederaan ligamen / ACL.

Costa dibawa masuk ke England sekali lagi. Wolves memilih Costa memandangkan pemain itu senang dibawa masuk kerana tiada isu permit. Dia sebelum ini pernah bermain di UK bersama dengan Chelsea. Ketika itu dia menjadi nadi penting Chelsea menjuarai EPL ketika di bawah kendalian Antonio Conte.

Berkongsi pengalaman menakutkannya ketika rakaman video pengenalan, Costa berkata: “Saya takut bagai nak mati. Sambil memegang rantai itu saya terus berfikir, ‘Bagaimana jika serigala ini terfikir untuk melompat dan menerkam saya?’ dan kemudian ketiga tiga mereka sekali melakukannya.”

“Sebab, wanita jurulatih mereka berterusan bercakap dengan serigala serigala itu, mengarahkan mereka bergerak sedikit.”

“Kerana wanita yang melatih mereka terus memanggil mereka, meminta mereka bergerak sedikit seperti anjing, serigala itu tidak melakukan satu perkara pun seperti diarahkan. Dan saya fikir, ‘Jika mereka tidak melakukan apa-apa dengan arahan jurulatih, jika mereka datang’.. dan bayangkan mereka datang dan mencium bau saya, saya tahu saya sudah mampus masa tu.”

“Haiwan haiwan tu serigala bukan anjing. Ianya pengalaman yang hebat namun begitu selesa. Saya ada lima ekor anjing tetapi, mereka bukan serigala.”

Bergambar dengan singa pula

Tidak mahu kalah, kelab di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sharjah FC telah mengadakan sesi penggambaran khas Kostas Manolas menggunakan singa.

Dalam penggambaran tersebut, Manolas dilihat melutut bersebelahan dengan singa betina.

Namun dia menjadi seram sejuk ketika singa itu menegur dan menyapanya. Singa tersebut seolah olah geram melihat Manolas dan mengaum sikit je la.

Mendengarkan suara singa itu, Manolas terkejut ketakutan dan terus bangkit dan melintasi tali kuning.

Jurulatih singa tersebut terus menenangkan sang singa. Namun Manolas kelihatan sangat tak selesa dan mungkin hampir terkencing.

Kostas Manolas pernah menjadi nama sensasi di Serie A ketika bermain untuk Roma dan juga Napoli. Dia antara pertahanan tengah yang menjadi perhatian banyak kelab di Eropah masa itu.

Gol ikonik Manolas ketika menyingkirkan Barcelona di Stadio Olimpico antara detik bersejarah dalam UCL. Hari di mana Peter Drury berpujangga dengan ulasan luar biasa.

Manolas menyertai Sharjah FC dari kelab negara kelahirannya Olympiakos. Dia yang baru berusia 31 tahun, dijangka akan terus membuat debut liga UAE dalam perlawanan akan datang.

Selamat maju jaya buat Kostas Manolas.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.