[VIDEO] Koyak Kena 50sen, Neymar Sepak Herrera, Sama Seperti Insiden Weverton

Dalam satu sesi latihan rondo, Neymar telah mengasari Ander Herrera. Ianya gara gara bekas pemain tengah Man United itu telah menutmeg Neymar.

Neymar yang awalnya terduduk kerana di’ole’ oleh Herrera, ditertawakan oleh rakannya. Biasalah kan.

Neymar kelihatan tidak ada masalah dengan perkara itu. Sehinggalah dia cuba mencabar bola dari Herrera dan melancarkan sepakan keras ke atas rakan sepasukannya itu.

Herrera terbaring dan mengerang kesakitan kerana sepakan Neymar itu. Perkara itu beerlaku ketika PSG sedang mengadakan sesi latihan untuk persiapan aksi berhadapan dengan RB Leipzig dalam aksi UCL.

Ini sebenarnya bukan kali pertama Neymar menyerang rakan sepasukan dengan mengasari mereka selepas terkena nutmeg daripada rakan sepasukan.

Sebelum ini Weverton pernah melakukan perkara yang sama kepada Neymar. Di mana pemain itu ketika itu baru berusia 19 tahun dipanggil ke kem latihan kebangsaan Brazil.

Weverton bermain rondo dan Neymar berada di tengah. Weverton menolak bola dan menutmeg Neymar. Kemudian Neymar terus merentap baju pemain itu sehingga dia terjatuh.

Insiden itu membuatkan Tite tidak gembira. Namun oleh kerana Neymar seorang superstar maka dia sentiasa diberikan vice versa.

Neymar selalu memalukan rakannya dengan menutmeg mreka. Namun ramai rakannya menganggap itu gurauan seronok sesama rakan. Bukannya satu perkara yang besar.

Dalam kes dengan Herrera ianya memang agak mengejutkan kerana Neymar dan Herrera dikenali dengan kemesraan mereka.

Agak ironi kerana sebelum ini Neymar menyatakan pandangan beliau tentang pemain melakukan skil. Lucas Paqueta dilayangkan kad kuning kerana melakukan skil yang dianggap menghina lawannya.

Neymar pernah dikenakan tindakan serupa kerana showboating dalam kariernya. Menurut Neymar, Joga Bonito sudah mati apabila pemain yang cuba melakukan skil dikenakan tindakan ataupun diserang oleh pemain lawan.

Saksikan insiden kontroversi itu di sini:

Ini pula satu lagi sudut pandangan lain daripada video tersebut:

Baca yang lain