Felipe Melo memang dikenali sebagai pemain yang panas baran. Reputasi itu dibawanya sampai sekarang ini walaupun dia sudah menjadi pemain veteran.
Terbaru Melo koyak dan menyerang seorang staf Atletico Goianiense seperti gaya seorang penggusti WWE – pada minit-minit akhir, dalam kekalahan Fluminense pada aksi liga Brazil pada petang Ahad.
Pemain berusia 40 tahun itu mempunyai reputasi sebagai salah seorang pemain yang paling tidak berdisiplin dalam bola sepak dengan 23 kad merah kerjaya dan telah diberikan satu lagi kad merah terbaru selepas serangan yang keji itu. Dia tak puas hati dengan pegawai pasukan tersebut yang meraikan gol di hadapannya di tepi padang.
Gol pada lewat masa kecederaan minit ke-90+5 itu benar benar membuatkan Melo sakit hati.
Dia sebelum ini terlibat dalam beberapa pergaduhan di atas padang dengan bintang Manchester City pada Piala Dunia Kelab FIFA.
Melo jelas koyak kerana pasukannya yang berada di tangga ke-19, Fluminense bakal mengalami kekalahan kelima musim ini dan dia meledak dengan kemarahan tidak sepatutnya yang disasarkan kepada pegawai pasukan lawan.
Dengan perlawanan semakin menuju ke wisel penamat, Melo berlari pecut dari bangku simpanan dan menyerbu ke belakang pekerja Atletico dan menolaknya sehingga tersungkur masuk ke dalam padang.
Pergaduhan besar-besaran berlaku apabila kedua-dua pasukan bertembung berhampiran kawasan bangku simpanan pemain selepas beberapa pemain dan kakitangan teknikal lain berlari untuk berhadapan dengan Melo atas tindakan keganasannya yang memalukan.
Melo kemudiannya dilayangkan kad merah selepas wisel penamat dan laporan pengadil selepas perlawanan mengesahkan Melo dibuang padang kerana serangan tidak wajarnya terhadap pegawai akhbar Atletico Goianiense.
Kemarahan kelihatan membuak-buak ke tempat duduk penonton dengan kakitangan memberitahu media tempatan bahawa dia juga ‘dicakar di muka’ oleh penyokong Fluminense.
Menggambarkan bagaimana detik kegilaan Melo berlaku, staf pasukan media Atletico Goianiense memberitahu AZScore: “Saya melompat di tepi padang meraikan gol saat akhir itu, jujurnya kerana adrenalin.
Felipe Melo goes ballistic & attacks a staff member of Atletico Goianiense after his Fluminense lose in 95th minute.
Death, taxes & Felipe Melo meltdowns.
pic.twitter.com/vzsAikrWcz— Nima Tavallaey Roodsari (@NimaTavRood) June 17, 2024
“Saya mendengar seseorang mengutuk saya, dan saya ditolak oleh makhluk yang keji dan tidak berperikemanusiaan, iaitu Felipe Melo.
“Saya tidak pernah memandang ke arah bangku simpanan mereka [ketika meraikan gol itu], saya tidak menghalakan kamera ke bangku simpanan mereka.
“Felipe Melo ada mengambil gambar di atas katil dengan trofi yang dimenanginya. Tetapi hakikat bahawa dia mempunyai banyak gelaran tidak mengubah hakikat bahawa dia adalah keji.
ISSO AQUI É CINEMA!!!
Guga tentou agredir o cinegrafista da Globo, em seguida o Atlético Goianiense virou o jogo, a MENINA ATRÁS do Diniz chorou, o amigo mostrou que ela estava sendo exibida no telão do Maracanã, Felipe Melo empurrou o assessor do dragão e o FLU-C ESTÁ NA ZONA… pic.twitter.com/P6cJODBBQ6
— Na Torcida Vascaínos (@NT_Vascaino) June 16, 2024
“Semua orang dalam bola sepak tahu itu,” tambah pegawai akhbar itu selepas pertembungan Serie A Brazil itu.