[VIDEO] Koyak Kena Kad Merah, Pemain Argentina Ini Hayun Penumbuk UFC Kepada Pengadil Wanita

Bola sepak ialah sukan yang menjunjung semangat permainan adil dan semangat kesukanan. Namun begitu, ramai juga pemain terlepas kawalan dengan melakukan tindakan keganasan terhadap pihak lawan dan pengadil.

Tetapi ada juga yang lebih mengejutkan, misalnya, pemain amatur di Argentina, yang memukul pengadil dengan melayangkan tumbukan ala UFC, dia terus ditahan polis.

Keganasan dalam bola sepak Argentina bukanlah cerita baru. Di pelbagai peringkat pertandingan, tersebut sering dimeriahkan dengan pergaduhan peminat, pergaduhan antara pemain, dan pukulan pengadil.

Mereka juga antara negara yang memiliki perseteruan yang dianggap paling ganas di dunia. misalnya perseteruan antara Boca Juniors dan River Plate.

Dalam aksi antara Garmense menentang Deportivo Independencia di Tres Arroyos, Buenos Aires. Seorang pengadil dipukul dari belakang oleh pemain Garmense, Cristian Tirone, menyebabkan dia terjatuh.

Pengadil wanita bernama Dalma Magali Cortadi, dan baru berusia 30 tahun. Dia dipukul oleh Cristian Tirone hanya beberapa saat selepas dilayangkan kad merah kerana dia mengeluarkan kata kata kesat yang melampau kepada pengadil.

Selepas mengarahkan Cristian Tirone keluar padang, pengadil wanita turut mengeluarkan kad kuning kepada rakan sepasukan yang lain. Ini membuatkan Cristian Tirone bertambah marah dengan menumbuk kepala Dalma Magali Cortadi dari belakang. Pengadil wanita segera rebah ke tanah.

Melihat keganasan itu, penjaga garisan bertindak pantas untuk menmastikan Cristian Tirone tidak ditimpa perkara lebih buruk.

Dalam laporan media tempatan Argentina, La Nacion, beberapa pegawai polis datang ke tempat dan menahan Cristian Tirone. Mereka membawanya ke balai polis untuk prosiding jenayah. Sementara itu, pengadil terpaksa mendapatkan rawatan di hospital kerana hentakan kuat di kepala dan cedera.

Saksikan insiden itu di sini:

Bercakap kepada wartawan, pengadil wanita tersebut berkata: “Kita harus menendangnya selama-lamanya dari bola sepak kita.”

“Dia [Tirnone] tidak sepatutnya dan tidak layak sama sekali berada di mana-mana kelab. Dia seorang yang kejam. Saya melihatnya dalam video. Orang biasa yang waras tidak akan tidak melakukan apa yang dilakukan lelaki ini.”

“Tiada siapa yang layak mendapat kesakitan seperti ini.  Saya harap dia membayar untuk apa yang dia lakukan,” tambah Dalma Magali Cortadi.

Kelab Cristian Tirone, Garmense juga telah mengeluarkan kenyataan kepada orang ramai. Mereka mengecam tindakan salah seorang pemain. “Berdasarkan peristiwa yang berlaku, kami menyatakan penolakan keras kami terhadap tindakan ini. Ia bertentangan dengan semangat sukan ini,” kata Garmense dalam satu kenyataan.

“Kami bersimpati dengan pengadil. Kami memohon maaf. Kami komited dan terus berusaha untuk menghapuskan keganasan dalam semua bentuknya dalam sukan,” sambung kenyataan rasmi kelab itu.