[VIDEO] Kualiti Poaching Luar Biasa Cavani Menyambar ‘Cross’ Rashford Dengan ‘Flick Point Blank Header’

Edinson Cavani terus membuktikan bahawa beliau penyerang penting Man United musim ini. Dan bersedia untuk bermain dalam mana mana perlawanan besar untuk United.

Cavani menjadi pemain gantian dalam aksi berdepan Aston Villa. Dan sekali lagi pembunuh upahan berwajah tarzan itu menjaringkan gol dengan cara yang klinikal.

Cavani telah menanduk hantaran Rashford dengan naluri poacher yang luar biasa. Beliau berlari ke satu zon dengan visi sudah melihat bahawa bola akan ada di situ.

Rashford turut memiliki naluri yang baik dalam menemui Cavani ‘lebih awal’. Tapi sebenarnya memang tak susah nak bagi makan Cavani ni. Tinggal kau nak ke tak je pass kepada dia apabila dia dalam box.

Saksikan di sini gol ketiga tersebut yang dilakukan dengan sangat cekap tangkas dan persis boboiboy halilintar kepantasannya. Sangat sedikit ruang untuk penjaga gol bereaksi dalam keadaan point blank header.

Lekukan badan yang sempurna dengan kekuatan yang sesedap rasa serta naluri pemposisian yang baik membuatkan gol itu terhasil.

Ianya adalah gol kelapan Cavani dalam 7 perlawanan terakhir yang turut disulami dengan rekod 3 assist. Bermakna dalam 7 perlawanan terakhir Edi Cavani sudah meyumbang secara langsung dalam 10 gol United. Luar biasa sekali.

United bangkit untuk menang 3-1 ke atas Villa di Villa Park. Aston Villa di hadapan pada separuh masa pertama. Namun United bangkit dengan 3 gol pada separuh masa kedua.

Ketiga tiga gol United menerusi Mason Greenwood, Bruno Fernandes dan Edinson Cavani.

Cavani ternyata bukan Falcao

Terdapat kerisauan bahawa Cavani bakal menjadi Falcao. Namun ternyata itu tak berlaku kali ini.

Edinson Cavani menyertai United sebagai free agent awal musim ini. Sebelum itu Cavani dilaporkan sudah berunding dengan dua kelab iaitu Napoli dan Atletico.

Tetapi kedua dua kelab itu tidak dapat memenuhi permintaan gaji Cavani yang tinggi.

Dengan situasi di Man United pada ketika itu yang gagal mendatangkan Sancho, ia mendorong kelab di Old Trafford itu memulakan langkah mendapatkan Cavani.

Ianya lebih kepada kesan daripada kegagalan United mendapatkan Jadon Sancho. Ini selepas Dortmund enggan berganjak daripada permintaan €120 juta untuk pemain tersebut.

Jadi, United memerlukan seorang lagi penyerang. Mereka ada pemain yang boleh bermain di sayap seperti Martial, James, Lingard dan Greenwood.

Namun untuk cover posisi no.9, mereka cuma ada Ighalo [pada ketika itu] dan salah seorang daripada Greeenwood atau Martial. Greenwood atau Martial juga diperlukan mengisi slot di sayap.

Lalu mereka mahu mendapatkan Cavani untuk menguatkan ketebalan skuad.

The Guardian melaporkan bahawa Manchester United tetap perlu membayar yuran agensi setinggi €10 juta kepada pihak Cavani.

Berdasarkan permintaan gajinya yang tinggi, cuma United dilihat calon terbaik untuk memenuhi aspirasinya berbanding Atletico dan Napoli. Jim White melaporkan Cavani bakal menerima €221k seminggu di United.

Ternyata Cavani adalah best signing untuk United pada musim ini. Namun United masih berusaha untuk meyakinkan Cavani agar kekal semusim lagi. Hal ini kerana, Ole berpuas hati dengan sumbangan Cavani yang ternyata pemain otai berkualiti di atas padang dan menjadi pembimbing yang baik ketika di pusat latihan – terutama kepada pemain pemain muda United.

Malah Cavani menyamaai rekod Ole sendiri sebagai pemain paling banyak gol dari bangku simpanan dalam semusim.

United sudah menawarkan kontrak lanjutan kepada Cavani. Namun pemain itu masih dalam pertimbangan kerana keluarganya. Dia merancang untuk bermain bersama Boca Juniors untuk lebih dekat dengan keluarganya.

Baca yang lain