Video Kura Kura Benar Benar ‘Tapau’ Arnab Dalam Perlumbaan, Apa Penjelasan Sains?

Perlumbaan di antara kura kura  & Arnab, Siapa yang Menang? Secara logiknya kita akan memilih kura kura. Namun secara kisah dongeng kita akan teringat satu kisah di mana kura kura menang perlumbaan menentang Arnab.

Kisah yang kita dengar sebagai satu naskah pengajaran agar kita tak leka jika kita berada di hadapan.

Dan kalau kita di belakang dan bergerak perlahan pula, kita jangan putus asa, kerana kita tidak tahu apa yang berlaku kepada pesaing kita yang sudah berada jauh di hadapan. Mereka mungkin tertidur kerana terlalu yakin.

Kita semua pasti pernah mendengar kisah dongeng Arnah dan Kura Kura ataupun The Tortoise and the Hare.

Namun, bagaimana dengan kehidupan sebenar?

Adakah arnab akan menang? Apa pula penjelasan secara saintifik? Ada tak?

Perlumbaan di dunia nyata

Lalu pada 2017, satu perlumbaan sebenar di antara kura kura dan arnab diadakan.

Perlumbaan tersebut sangat mengejutkan ramai pihak kerana ternyata kisah dongeng itu benar benar boleh terjadi.

Daripada perlumbaan tersebut ternyata arnab memecut terlebih dahulu. Dan seperti dalam kisah dongeng, selepas berada jauh di hadapan arnab terleka dan tidak bergerak maju terus ke hadapan.

Jika dalam kisah dongeng arnab tertidur di bawah pokok kerana dia nak menunggu kura kura.

Dalam video tersebut juga, kura kura terus bergerak dan akhirnya memenangi perlumbaan tersebut ketika sang arnab sedang dibuai angan angan.

Penjelasan sains

Sciences Daily berkongsi satu kajian yang dipetik daripada jurnal Scientific Reports yang diterbitkan pada 27 Ogos, Adrian Bejan, J.A. Jones, profesor Kejuruteraan Mekanikal di University of Duke menganalisis kelajuan haiwan darat, laut dan udara.

Para pengkaji menyatakan bahawa memang tak mustahil kura kura akan menang. Ini kerana sifat kedua dua haiwan tersebut.

Arnab adalah haiwan yang laju tetapi mudah terganggu.

Sementara kura kura pula haiwan yang perlahan tetapi konsisten dan tidak mudah terganggu ketika ianya bergerak.

Dalam perlumbaan, perlahan tetapi konsisten adalah lebih baik, daripada cepat tetapi mudah terganggu. Lebih kurang begitulah kata diorang.

Kisah dongeng tersebut sebelum ini adalah kiasan hidup. Di mana konsep dia hampir sama.

Walaupun kita pelahan tetapi terus berusaha, ianya lebih baik daripada daripada usaha yang cepat tetapi kemudian tak fokus serta tertidur.

Berbalik kepada kajian Adrian Bejan, beliau menyatakan bahawa berdasarkan purata kelajuan seumur hidup, haiwan terpantas sebenarnya adalah yang paling lambat.

Dalam erti kata lain, banyak haiwan yang laju sebenarnya tidak menghabiskan banyak masa mereka untuk bergerak laju. Mereka akan selalu berada pada keadaan tidak bergerak.

Misalnya harimau, akan lebih banyak tidur dan berehat berbanding dengan berlari dan bergerak.

Begitu juga dengan kucing korang yang kat rumah tu, mesti sekarang ni dia tengah tidur kan, masa korang baca artikel ini.

Haiwan yang perlahan pula tidak ada masalah untuk bergerak sepanjang hari. Kerana seumur hidup mereka memerlukan mereka sentiasa bergerak dan bermula lebih awal daripada yang lain.

“Cerita ‘Kura-kura dan Arnab’ adalah kiasan tentang kehidupan, bukan kisah tentang perlumbaan,” kata Adrian Bejan.

“Kita melihat dalam kehidupan haiwan dua gaya hidup yang sangat berbeza – satu dengan makan yang hampir stabil dan tidur setiap hari — dan haiwan yang satu lagi dengan masa makan berselang serta pendek yang tidur yang singkat dalam sehari.”

“Kedua-dua corak ini adalah irama hidup yang diajarkan oleh Aesop [kisah dongeng teladan] ini.”

Teori yang sama digunakan pada pesawat jet, di mana ianya jauh lebih cepat daripada pesawat lain.

Namun sebenarnya ia telah menghabiskan lebih banyak masa di pengkalan berbanding dengan pesawat komersial.

Oleh itu, untuk menghadapi sesebuah perlumbaan jarak jauh, haiwan yang lambat ini memiliki ciri ciri dan disiplin yang lebih bagus berbanding dengan haiwan yang laju seperti arnab.

Oleh sebab itu Adrian Bejan menegaskan, adalah tidak mustahil bahawa dongeng kura kura dan arnab itu boleh berlaku. Kerana kura kura memiliki beberapa ciri ciri penting yang memungkinkan perkara yang dianggap mustahil.

Dalam perlumbaan, 1% kemungkinan itu masih dikira ada peluang walaupun tipis.

Jadi rumusannya, betullah tu, untuk perlumbaan yang panjang, lebih baik sentiasa bergerak walaupun perlahan. Berbanding dengan laju tetapi mudah hilang fokus.

Dalam video tersebut korang boleh lihat arnab mulai hilang fokus kerana mendengar suara sorakan manusia di sekeliling.

Kura kura kura pula terus bergerak.

Video di atas juga membuktikan, pada jarak yang pendek pun, kalau jenis hilang fokus, tetap akan hilang fokus.

Dan ini satu lagi perlumbaan di antara arnab dan kura kura, di mana arnab sekali lagi kena tapau.

Baca yang lain