Satu video rakaman taklimat pasukan oleh Kylian Mbappe pada separuh masa ketika perlawanan akhir Piala Dunia telah ditularkan dalam talian, dan ia menunjukkan betapa dia memiliki karakter seorang pemimpin.
Perancis didominasi oleh Argentina pada separuh masa pertama di Stadium Lusail, dengan Lionel Messi membuka jaringan dengan penalti yang dimenangi oleh Angel di Maria.
Di Maria kemudian menggandakan pendahuluan La Albiceleste dengan menyudahkan serangan balas yang menakjubkan.
Perancis langsung tidak ada percubaan ke arah gol untik 45 minit pertama.
Dengan keadaan Perancis yang kelihatan kurang baik, pengurus Didier Deschamps mengeluarkan Ousmane Dembele dan Olivier Giroud sebelum wisel separuh masa dan meletakkan Marcus Thuram dan Kolo Muani, yang, bersama dengan Mbappe, membantu menginspirasikan kebangkitan.
Video ihsan Hadrien Garnier dan TF1 menunjukkan rakaman di belakang tabir telah muncul mengenai Mbappe di bilik persalinan pada separuh masa pertama ketika perlawanan akhir Piala Dunia 2022.
Sesi taklimat itu kemudian diambil oleh Mbappe, yang berusia 24 tahun pada hari Selasa lalu, menunjukkan mentaliti elit dan sikap kepimpiannya..
Bercakap kepada rakan sepasukannya, dia berkata: “Kita tidak boleh melakukan lebih teruk lagi daripada ini [teruk sangat ni]. Kita kembali ke padang, kita mesti melakukannya [bangkit]. Kami telah melepaskan 2 gol, kita boleh bangkit gaiss, ini 4 tahun sekali!” kata Mbappe dengan beberapa siri F words.
Mbappe tidak langsung mengungkit kesalahan mana mana individu namun dia menganggap kehambaran mereka adalah tanggungjawab satu pasukan.
Mbappe meminta rakan rakannya bangkit!
Saksikan:
Kylian Mbappé at half-time of the World Cup final in the France dressing room:
“We can’t do worse. We come back on the pitch, we must pull it off. We conceded 2 goals, we can come back. F*** guys, this is once every 4 years, f***!”
A leader.pic.twitter.com/LgDEUnDnaU
— The KM7 Timeline. (@7imelineKMbappe) December 21, 2022
Pemain pemain di situ termasuk pemain senior seperti Raphael Varane terkesan dengan ucapan penuh semangat Mbappe itu.
Dan mereka benar benar berjaya melakukannya. Pemain muda seperti Marcus Thuaram dan Kolo Muani yang masuk lewat separuh masa menunjukkan semangat merekla.
Walaupun tidak mendapat gol segera, namun jelas separuh masa kedua akhirnya Perancis bermain di final.
Mbappe meningkatkan prestasinya sebagai pemain di kejohanan besar. Dia mengambil penalti minit ke-80 untuk mengurangkan defisit kepada satu gol apabila Nicolas Otamendi mengasari Muani.
Mbappe tidak melakukan kesilapan dari sepakan penalti dan meraih bola agar perlawanan bermula semua dengan segera.
Kemudian, kira-kira seminit kemudian, dia memasukkan bola ke dalam jaring buat kali kedua selepas melakukan gol penyamaan dengan voli yang indah.
Entah macama mana, dia bergabung dengan Thuram dan merembat bola melepasi Martinez untuk menjadikan kedudukan 2-2.
Rakan sepasukannya di PSG, Messi menjaringkan gol keduanya untuk menjadikan kedudukan 3-2 dalam masa tambahan tetapi Mbappe menyempurnakan sepakan penalti kedua lewat untuk merangkul Kasut Emas dan membawa perlawanan ke penentuan sepakan penalti.
Bekas bintang muda Monaco itu menjaringkan gol sekali lagi dalam penentuan sepakan tetapi penalti tersasar daripada Kingsley Coman dan Aurelien Tchouameni bermakna Argentina menang 4-2 menerusi penentuan penalti untuk memenangi trofi kejuaraan dunia buat kali ketiga.
Sebelum ini bekas pengurus Mbappe, Mauricio Pochettino berkongsi dengan The Athletic tentang sifat kepimpinan dan mentaliti elit Mbappe.
Pochettino mengaku antara dia dan Mbappe ada perkara yang mereka tidak sehaluan. Namun ketika dia di PSG, Mbappe adalah pemain yang paling rajin berbincang soal taktikal dengannya.