[VIDEO] Lacazette Menenung Pemain Slavia, Selepas Insiden Rasis Kelab & Penyokong Mereka

Slavia Praha menjadi perhatian dunia pada minggu sebelum ini selepas seorang pemain mereka dilaporkan melakukan serangan rasis ke atas pemain Rangers dalam aksi UEL.

Pemain Slavia, Ondrej Kudela telah menggelar Glen Kamara sebagai monyet. Membuatkan pemain itu sangat mara dah kecewa.

Kuedela dijatuhkan penggantungan 9 perlawanan oleh UEFA. Membuatkan dia terlepas kesemua aksi di bawah kejohanan UEFA pada tahun ini termasuk Euro untuk negaranya.

Glen Kamara sebelum ini mengadu bahawa Kudela telah membuatkan dia sangat terluka dengan apa yang dikatakan pemain itu.

Kamara berkata: “Kudela datang ke arah saya dan berkata ‘kamu monyet, kamu ‘fxxxing’ monyet. Dan kamu tahu dari mana asal diri kamu itu. Oleh sebab itu saya memberitahu pengadil: ‘dia ni rasis, dia rasis’.”

“Emosi menguasai diri saya; marah, kecewa, rasa dihina. Saya terasa diri seperti budak kecil. Saya tak mampu menggambarkannya dengan kata kata – tentang apa yang saya fikirkan masa itu. Saya tidak harus merasai detik seperti itu lagi. Ianya sangat gila.”

Rangers dan Kamara sendiri tampil dengan beberapa kenyataan media rasmi mengecam tindakan itu menerusi media sosial mereka.

Rangers turut mengecam tindakan penyokong Slavia yang menyokong Kudela dan mengibarkan banner rasis ke arah Glen Kamara.

Lacazette tenung pemain Slavia

Dalam aksi kedua di antara Arsenal dan Slavia Praha, Alexandre Lacazette yang menjadi kapten The Gunners telah menenung tepat ke arah muka pemain pemain Slavia. Lacazette berada di hadapan pemain pemain Arsenal lain ketika berlutut untuk sokongan kepada BLM.

Tindakan Lacazette itu dianggap sangat ikonik. Di mana jelas sekali dia seperti nak makan sekor sekor pemain pemain tersebut. Beliau sangat serius dalam menenung pemain pemain Slavia yang beraksi tanpa Kudela kerana digantung.

Dalam aksi sebenar, Lacazette benar benar membuatkan Slavia menderita. Beliau menjadi pemain yang mencetuskan banyak gerakan serangan. Selain menjaringkan 2 gol – termasuk 1 penalti. Lacazette turut menjadi pemain penting dalam playmaking dan pressing pasukan Arsenal.

Arsenal berjaya menang 4-0 dalam aksi kedua ini dan menang agregat 5-1 secara keseluruhannya.

Baca yang lain