Video: Lain Macam Ganas Latihan Inter Milan Ni, Terbaring Pun Kena Hempuk

Antonio Conte memang kita kenali dengan perwatakan agresif beliau. Ketika sesi latihan pun ramai pemain beliau pernah mendedahkan sikap pengendali itu yang sukakan sesi latihan intensif.

Antonio Conte pernah mengarahkan pemain seperti N’golo Kante untuk bekerja keras berjam jam memperbaiki aspek hantaran beliau.

Malah Conte sendiri menyatakan dia seorang yang kadangkala tak boleh mengawal dirinya. Sebab itu dia selesa bekerja dengan pegawai yang sudah lama bersama dia.

Kadangkala pembantunya pun kena tumbuk, kena tampar secara tak sengaja. Tetapi Conte berkata, beliau simpati dengan mereka, dan tahu mereka semua sudah faham dengan perangainya.

Inter Milan berkongsi satu footage latihan mereka kepada umum. Dan Romelu Lukaku mengajak anda bersama-sama untuk melihat serba sedikit sesi latihan mereka.

Ternyata sesi latihan dia memang lain macam sikit. Para pemain bermain bola baling dengan mensasarkan rakan mereka dengan intensiti yang tinggi.

Ada dua pasukan iaitu pasukan hitam dan oren. Balingan yang disusuli dengan jeritan gembira setiap kali sasaran tepat.

Kelihatan juga Alexis Sanchez turut menyertai latihan yang berlangsung pada Rabu itu.

Ada yang sudah terbaring pun dihempuk dengan bola secara keras. Korang layan kat sini:

Inter Milan musim ini adalah pertama kali dibimbing oleh Antonio Conte. Bekas pengendali Chelsea dan Juventus itu ternyata memberikan perubahan besar kepada Inter Milan.

Mereka kini masih berada dalam landasan terbaik untuk persaingan kejuaraan liga. Misi mereka adalah untuk menamatkan dominasi Juventus dalam Serie A.

Conte gemarkan bola sepak yang intensif dan pemain-pemain yang rajin bekerja di atas padang.

Beliau tidak suka dengan pemain yang berlagak diva di dalam pasukannya.

Beliau juga telah membantu membangkitkan semula prestasi pemain seperti Romelu Lukaku.

Gandingan Lukaku dan Lautaro Martinez musim ini sangat menjadi, dan antara duo serangan terbaik di Eropah ketika ini.

Martinez kini menjadi sasaran utama Barcelona. Kerana kualiti penyudah pemain itu yang sangat baik.

Inter Milan masih berusaha untuk melanjutkan kontrak pemain kebangsaan Argentina itu untuk beliau kekal lebih lama di Inter Milan.

Inter mahu memansuhkan klausa pelepasan yang ada pada kontrak pemain tersebut. Namun buat masa ini tiada kesepakatan lagi dicapai.

Adakah Antonio Conte akan berjaya menamatkan monopoli Juventus dalam saingan Serie A?

Penyokong Juve selalu melaungkan, Inter hanya akan juara pada calciopoli yang satu lagi. Maknanya, tanpa skandal calciopoli, yang menyaksikan Juventus disingkirkan ke Serie B, penyokong Juve percaya Inter akan sentiasa di belakang mereka.

Musim ini persaingan kedua dua pasukan agak sengit. Juventus turut dibimbing pengurus baharu. Beliau juga merupakan bekas pengurus Chelsea, iaitu Maurizio Sarri.

Baca yang lain