Video Lama Menunjukkan Betapa Teruknya Jabulani Yang Digelar Bola Forlan

Menjelang Piala Dunia 2022, bola rasmi kejohanan pastinya antara perkara yang menjadi tumpuan.

Adidas selaku pengeluar bola rasmi Piala Dunia sudah mengumumkan bahawa untuk Piala Dunia 2022, bola bernama Al Rihla akan digunakan.

Al Rihla ialah bola rasmi ke-14 yang dicipta khusus untuk Piala Dunia. Namanya berasa daripada Bahasa Arab. Al Rihla bermaksud ‘sebuah perjalanan’ dalah bahasa Arab.

Franziska Loeffelmann, pengarah Grafik Bola Sepak dan Pakaian di Adidas, menegaskan bahawa Al Rihla bola yang lebih laju dan pantas serta mampu bertahan dengan stabil di udara.

Loeffelmann berkata: “Bola sepak menjadi lebih pantas, dan lebih pantas, ketepatan dan kestabilan bola di udara menjadi sangat penting.”

“Reka bentuk Al Rihla membolehkan bola mengekalkan kestabilan semasa di udara,” tambah beliau lagi.

Dalam satu undian diadakan oleh SportBible, peminat bola sepak memilih Jabulani sebagai bola Piala Dunia terbaik.

Namun satu video lama telah berlegar kembali di media sosial apabila ramai pemain dan pengkritik mengutuk Jabulani sebagai bola yang paling teruk.

Terutama sekali penjaga gol, mereka menganggap Jabulani seperti bola pantai / beach ball yang ringan dan melayang layang. Lebih memberikan kelebihan kepada pemain penyerang berbanding penjaga gol.

Jabulani adalah bola yang sangat cantik dari segi rekaan. Ianya memiliki 11 warna yang dikatakan mewakili 11 pemain dalam satu pasukan bola sepak di atas padang. Ia juga melambangkan 11 bahasa rasmi dan 11 suku asli Afrika Selatan.

Namanya Jabulani itu sendiri berasal dari Bahasa Zulu yang bermaksud “Untuk Merayakan”.

Ramai kutuk Jabulani

Namun bagi penjaga gol seperti Buffon, bola itu adalah satu mimpi ngeri. Buffon ketika itu berkata: “Model bola yang baru benar-benar tidak bagus dan saya rasa ianya satu tindakan yang memalukan membiarkan kami bermain di Piala Dunia dengan bola seperti ini.”

Bukan hanya pemain, malah mereka yang dengan Adidas dan berstatus sebagai perancang pemasaran Adidas Predator, Craig Johnston, juga mengeluh dengan kualiti Jabulani.

“Sesiapapun yang bertanggungjawab atas bola ini harus dipecat dan ditembak mati karena kejahatannya terhadap bola sepak,” tegas Johnston pada masa itu.

Boleh dijkatakan rata rata pemain dan jurulatih komplen tentang bola yang mereka anggap seperti bola pantai itu.

Pada 2002, Adidas Fevernova dianggap terlalu ringan. Buffon pernah mengutuk Fevernova dengan menganggap ia seperti bola kanak kanak yang melantun tak tentu arah.

Pada 2006, pula mengkritik Adidas Teamgeist yang dikatakan lebih memihak kepada penyerang berbanding dengan penjaga gol.

Jabulani tidak terkecuali daripada kecaman, malah lenih teruk. Sebelum aksi rasmi piala dunia, penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas menggelarkannya sebagai bola pantai — selepas aksi pemanas badan berhadapan dengan Arab Saudi.

Selain daripada Iker Casillas, penjaga gol lain seerti David James, Buffon dan Julio Cesar juga menganggap bola Jabulani akan menyusahkan penjaga gol kerana trajektorinya yang tak bagus.

David James berkata: “Bola ni teruk, dan tak hairanlah jika beberapa gol dalam Piala Dunia kali ini, yang tidak akan dapat dijaringkan dengan bola lain.”

“Bola ini membolehkan penyerang menjaringkan lebih banyak gol dan membuatkan penjaga gol menjadi dungu.”

Adidas pertahankan Jabulani

Adidas menafikan mereka mencipta bola hanya untuk penyerang. Malah mereka menegaskan penjaga gol antara elemen penting dalam kajian mereka dan terciptalah teknolog”grip and groove.

Satu teknologi yang didakwa Adidas menggabungkan panel 3-D berteknologi tinggi, membuatkan bola itu benar benar sfera dan aerodinamik.

Hampir ada pemain daripada setiap pasukan yang bertanding ketika itu komplen pasal bola ini.

Hal ini kerana menurut mereka, bola ini terlalu ringan dan sukar dijangka apabila di udara.

Marcos Tulio Tanaka, yang menjaringkan jaringan sendiri ketika berhadapan dengan England, menganggap bola itu memang sukar dijangka.

Penyerang Itali, Giampaolo Pazzini pula bersuara untuk penyerang yang didakwa akan menyukai bola itu kerana memihak kepada mereka.

Tidak! Tegas Pazzini, bola itu sukar untuk dirembat kerana beratnya tidak sama dengan bola normal.

Walaupun banyak kritikan sebelum bola itu rasmi digunakan, tidak ada apa yang boleh dilakukan. Bola itu sudah disahkan sebagai bola rasmi.

Saintis Sukan, Andy Harland, dari Loughborough University’s Sports Technology Institute, pula mempertahankan bola itu.

Beliau sudah membuat kajian tentangnya dan mendapati bola itu hampir sempurna. Ianya antara bola terbaik — menurut beliau lagi.

Harland kemudian membuat rumusan: “Bukan bola itu yang terlalu berbeza dengan bola lain, namun altitude tempat mereka bermain yang mempengaruhi bola itu.”

“Di mana sahaja kamu bermain, pada altitude berbeza, ia akan mempengaruhi keadaan bola.”

Jabulani bola Forlan

Ketika kejohanan Piala Dunia berlangsung di Afrika Selatan, Jabulani bukan hanya membuat penjaga gol kesulitan, malah ramai penyerang kelas dunia juga bergelut untuk menyerasikan diri dengan Jabulani, kecuali seorang – orang itu ilah Diego Forlan. Legenda Uruguay itu seperti sudah dijodohkan dengan bola liar tersebut.

Lampard antara pemain yang membuat sepakan percuma tak masuk akal kerana mengenakan tekanan terlalu kuat pada bola dan ianya melayang kerana terlalu ringan.

Hakikatnya, Jabulani sangat sinonim dengan Forlan. Malah ada yang menggelar Jabulani adalah bola Forlan.

Forlan sangat bertuah ketika itu karena berhasil mencetak 5 gol pada Piala Dunia 2010, termasuk dua gol melawan tuan rumah. Rekod tersebut membuatkannya menjadi penjaring gol terbanyak bersama dengan Thomas Mueller, Wesley Sneijder, dan David Villa.

Saksikan video lama yang menunjukkan kritikan ke atas Jabulani di sini:

Baca yang lain

‘Remontada InsyaAllah’ Kata CR7

Cristiano Ronaldo dengan spontan menyebut ‘remontada InsyaAllah,” ketika ditanya tentang peluang Al Nassr dalam aksi Liga Juara Juara Asia musim ini. Al

Guardiola Cabar De Bruyne

Playmaker sensasi Man City, Kevin De Bruyne sekali lagi terlibat dalam pertelingkahan tepi padang dengan Pep Guardiola. Kali ini De Bruyne tidak