[Video] Lambungan Klasik Badhri Radzi Saat Ke-30 Bantu Tewaskan Perak II

Kali terakhir Badhri Radzi bermain dalam pertandingan kompetitif secara kerap adalah pada tahun 2017. Selepas itu dia hanya tampil 4(3) kali dalam tempoh 2 musim (2018-2019).

Badhri tidak muncul dalam mana-mana pasukan pada tahun 2020, secara tidak rasmi ia menandakan pemain berusia 38 tahun itu sudah ‘mengumumkan’ persaraan dari bola sepak.

2020: Tiada pasukan
2019: Kelantan, 0(3) penampilan
2018: Kelantan, 4(0) penampilan
2017: Kelantan, 16(2) penampilan
*semua pertandingan

Kelantan United membuat keputusan memberi peluang kepada ikon bola sepak Kelantan ini kembali beraksi di liga profesional negara. Pada masa yang sama pasukan tersebut mengikat Masashi Miyamoto.

Ia bermakna skuad bimbingan Akira Higashiyama mempunyai 2 pemain tengah yang agak berusia iaitu 38 dan 41 tahun. Majoriti perlawanan laman sendiri pasukan ini berlangsung pada sebelah petang.

Adakah pemain ini mampu menampilkan prestasi baik dalam keadaan tersebut.

1. PERMULAAN

Pada perlawanan pembukaan Akira tidak menurunkan kedua-dua pemain itu dalam kesebelasan utama. Kelantan United menampilkan aksi buruk sepanjang separuh masa pertama.

Kelantan United hilang cengkaman di barisan tengah tetapi mula meningkat apabila Masashi dimasukan pada separuh masa kedua. Tidak lama kemudian Badhri Radzi dibawa masuk.

Badhri cuba menawarkan kemahirannya untuk membantu pasukan. Beberapa hantaran panjang dilakukan tetapi ia tidak berapa mejadi dalam perlawanan tersebut.

Kelantan United tewas 0-2 hasil jaringan awal permainan dari Christie Jayaseelan dan penalti Uche Agba.

2. BADHRI BERADA DALAM XI UTAMA

Kelantan United menyenaraikan Badhri dalam kesebelasan utama pada perlawanan kedua. Pada ketika itu Kelantan United bertemu PDRM di Stadium Sultan Mohammad ke-IV.

Perlawanan berlangsung pada sebelah petang dan Kelantan United menang 2-0. Perlawanan ke-3 Kelantan United sekali lagi bermain di laman sendiri menentang Perak II.

3. MOMEN BERLAKU

Kelantan berjaya mencatat kemenangan ke-2 apabila berjaya menewaskan Perak II. Momen berlaku apabila Kelantan United menjaringkan gol perlawanan seawal minit pertama atau lebih tepat sekitar 30 saat permainan.

Lambungan Badhri meletakkan bola di ruang belakang pertahanan Perak II, memberi ruang kepada Gassama Alfusainey berdepan dengan penjaga gol lawan 1 v 1.

Peminat bola Kelantan pantas teruja dengan momen sedemikian yang kerap berlaku ketika era kemuncak bola sepak Kelantan pada satu masa dahulu.

Ia satu kenangan yang sentiasa kekal dalam minda mereka.

Walaupun Badhri tidak mungkin mampu melakukannya secara kerap pada setiap minggu namum kualitinya itu masih releven dalam saingan Liga Perdana.

Ia mungkin bukan senjata utama Kelantan United tetapi baik untuk memiliki untuk memberi lebih pilihan dalam pelan permainan.

Kelantan mendahului 2-0 sebelum Perak II merapatkan kedudukan. Kelantan United menang 2-1 untuk meraih kemenangan kedua dari 3 perlawanan.

Baca yang lain