Video Legenda Treble Selangor, Bambang Pamungkas Ucap Selamat Berpuasa

Legenda treble Gergasi Merah iaitu Bambang Pamungkas masih lagi menjadi penyerang yang menjadi idola ramai penyokong Selangor.

Beliau merupakan legenda dari Indonesia yang memberikan impak yang sangat besar ketika bermain untuk Selangor pada satu ketika dahulu.

Siapa yang boleh melupakan aksi BEPE di Selangor. Pemain yang memiliki naluri pembunuh. Sukar mencari pengganti sepertinya lagi.

Ketajaman tandukan menjadi senjata utama dan igaun ngeri pertahanan lawan. Hatrik di perlawanan akhir Piala Malaysia 2005 melengkapkan sejarah paling gemilang bola sepak Selangor.

Kehadiran BEPE bersama pasangan duonya Elie Aiboy yang dipancing dari Persija Jakarta mencetuskan Fenomena bola sepak Selangor. BEPE menguasai bola sepak Malaysia.

Beliau pemain yang dihormati kawan dan lawan, di dalam dan di luar padang. Tidak kira, ketika menyarung jersi Selangor ataupun tanah tumpah darahnya Indonesia.

Bambang Pamungkas adalah penyerang terbaik Indonesia dalam generasi beliau.

Selangor membantai tanpa belas pasukan yang bertemu dengan Selangor apabila BEPE mengetuai barisan serangan.

Terlampau berbisa serangan Selangor waktu itu 4-0, 5-0 itu adalah keputusan perlawanan yang menjadi kebiasaan.

Stadium Shah Alam sentiasa penuh pada aksi malam minggu. Maka berpusu-pusu penyokong Malaysia mahupun perantau dari Indonesia mahu menyaksikan hiburan daripada BEPE.

Fans menambakan aksi BEPE diatas padang. Apabila bola berada dikaki Elie Aiboy, penyokong Selangor semua bangun dan bersedia bersorak meraikan gol kerana bola pasti ditujui ke kepala Bambang Pamungkas.

Apa yang berlaku seterusnya pasti kamu sudah tahu, pasti penjaga gol lawan mengutip bola dalam gawang sendiri.

Beliau seringkali berpesan kepada pemain muda agar sentiasa melakukan latihan tambahan secara peribadi. Itu adalah rutin yang beliau amalkan untuk menjadi pemain elit.

Sangat bangga ketika itu untuk mengakui bahawa penyerang kami ialah Bambang Pamungkas.

Kini ianya semua sudah menjadi sejarah manis pada penyokong Selangor yang menyaksikan aksi tahun 2005. Ia tidak akan dilupakan buat selamanya. Generasi emas Selangor yang menggegarkan bola sepak Malaysia.

Menjelang bulan Ramadan tahun ini, BEPE meluangkan kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua penyokong pasukan Selangor.

“Bagi seluruh penyokong pasukan Selangor, di mana saja pun anda berada. Selamat menjalankan ibadat puasa Ramadan.”

“Mohon maaf zahir dan batin.”

“Saya Bambang Pamungkas, tetap semangat dan sukses selalu.”

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di