VIDEO: Lelaki Ini Hampir Hampir Tak Sempat Buat No Look Assist

Seorang lelaki yang dikenali dengan tabiatnya yang suka melakukan segala macam aktiviti tanpa menoleh telah membuat pekerjaan itu sekali lagi di atas padang bola sepak.

Ia seperti sudah menjadi pekerjaan jawatan hakiki N41 untuk beliau sebagai pegawai No Look.

Saya berikan masa seminit untuk anda meneka siapakah lelaki itu..

Go…..

Anda pasti sukar meneka siapakah lelaki itu bukan? Sebab saya sudah kaburkan matanya dengan garis merah itu.

Ya anda semua tidak tahu.

Beliau adalah Roberto Firmino.

Sangat teruk pengetahuan am anda.

Apa dia? Anda jawab betul. Itu semua saya tak peduli kerana saya menulis artikel ini tanpa mendengar anda menjawab langsung tadi.

Roberto Firmino pemain kebangsaan Brazil yang dikenali dengan gaya permainan lincah. Dan salah satu kegemaran beliau adalah melakukan no look action.

Tak kira di lapangan bola sepak;

dan juga di dalam gelanggang bola keranjang:

Sehingga beliau ada menyahut cabaran no look daripada pihak yang dengki dengannya. Di dalam ini terkandung aksi dengan mesin basuh sekalipun.

Terlalu banyak nak diceritakan tentangnya.

Dan tak terlupa, sewaktu menandatangani kertas kontrak. Patut Liverpool boleh scam kontrak dia ni. Sebab dia kan no look masa sign kontrak.

Yang aku nak cerita ni, dalam aksi menentang musuh setempat Liverpool iaitu Everton, Firmino telah melakukan assist dengan cap dagang beliau iaitu gaya no look.

Dalam aksi tersebut beliau telah melakukan gelecekan inside and outside dan masuk ke dalam kotak penalti.

Tiba di byline, Firmino telah memutuskan untuk menghantar kepada Wijnaldum. Hampir sahaja beliau tak sempat melakukan no look pass, tetapi beliau memastikan gaya itu berjaya.

Firmino melakukan no look pass yang berubah menjadi no look assist.

Lalu aksi beliau mendapat perhatian daripada akaun twitter majikannya. Korang pernah kena puji dengan syarikat ataupun jabatan kerajaan tempat korang kerja di twitter?

Firmino ni merasa juga minggu ni.

Liverpool menang dengan penuh gaya dalam derbi Merseyside dengan kemenangan 5-2.

Beliau menjadi pemain sistem penting dalam taktikal Jurgen Klopp dan dikurniakan lagu sangat mengasyikan oleh penyokong Liverpool.

Firmino juga menjadi pemain kebangsaan pasukan Brazil di bawah kendalian Tite. Membantu negaranya memenangi Copa America.

Aksi cemerlang beliau musim lalu bersama Liverpool dan Brazil membolehkan namanya diiktiraf sebagai pemain ke-17 terbaik dunia oleh Ballon d’Or.

https://twitter.com/ActuPL_/status/1201548066723127297

Beliau merupakan false 9 yang berpengaruh. Membuatkan pemain di sekitarnya seperti Mo Salah dan Sadio Mane menjadi lebih baik.

Firmino juga dikenali dengan keraian gol yang catchy dan mengusik jiwa dan nurani sanubari kita semua.

Bolehlah korang layan kompilasi beliau untuk musim lalu. Tahun ni aku malas nak cari.

Baca yang lain