[VIDEO] Lelaki Ini Tiru Aksi Superman Tahan Bas, Namun Silap Garisan Dan Dilanggar

Meniru superhero ataupun adiwira kegemaran, merupakan salah satu perkara yang biasa kita lihat kepada peminat tegar watak watak tersebut.

Sebab itu, emak dan ayah kita agak risau dahulu, takut kita meniru Superman, pergi ke bangunan tinggi dengan sut Superman pasar malam dan melompat. Bahaya tu.

Luiz Ribeiro de Andrade, seorang pelawak di negara Neymar, telah melakukan aksi Man Of Steel itu di Brazil. Di mana dia cuba untuk merakam detik lagak ngeri dia cuba menghentikan kenderaan tersebut.

Dalam kejadian yang berlak di Barra dos Coqueiros, Luiz pergi ke jalanraya menggunakan pembesar suara menyatakan tujuan dia berada di jalanan tersebut.

Dia akan melakonkan satu aksi dia menghentikan bas di sebuah hentian bas. Biasanya bas akan berhenti di tempat itu, maka Luiz akan menahanya dengan sebelah tangannya.

Malangnya, belum sempat habis berucap, sebuah bas telah melanggarnya. Mujur bas tersebut tidak berada pada kelajuan tinggi. Pemandu bas yang cekap juga membant menyalamatkan nyawa pelawak tersebut.

Luiz terpelanting dan kemudian bangun sambil mendapatkan kamera dan berkata: “Sekarang baru saya tahu, saya adalah manusia yang benar benar diperbuat dari besi [steel],” katanya sambil bergurau menahan kesakitan, mujur tak meninggal secara mengejut.

Luiz kemudian memberitahu, dia sebenarnya gagal melakukan lagak tersebut kerana tersilap garisan. Dia patut berada pada garisan yang lain.

Luiz menambah, sebagai adiwira dia bertanggungjawab di atas insiden itu dan menerima kritikan. Sambil dia memanjatkan syukur kepada tuhan kerana nyawanya masih panjang. Terus ingat tuhai woi.

Menurut Luiz: “Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas kesemua yang berlaku. Saya sudah ke pejabat bas tersebut agar pemandu bas itu tak dihukum.”

“Brek bas tiada masalah. Dia melakukan apa yang dia mampu untuk menghentikan bas itu, saya yang silap tempat. Itu salah satu lagak ngeri yang selalu saya buat. Namun kali ini tak menjadi pula dan bertukar menjadi satu kemalangan cokk.”

“Saya tidak mengalami kecederaan serius sebab tuhan ada menyelamatkan saya.”

Baca yang lain