[VIDEO] Lelaki Pemburu Tandatangan Yang Biadap Depan Son Heung Min

Son Heung Min kecewa dengan pemburu tandatangan pemain yang menunggu di luar pusat latihan Spurs.

Seorang lelaki datang kepadanya dan meminta Son menandatangani lebih daripada sehelai kertas.

Peminat bola sepak dan tandatangan pemain bukan perkara asing dalam sukan ini. Peminat akan sentiasa mahu memiliki kenangan dengan pemain kesayangan mereka terutama sekali tandatangan pada barangan kelab seperti jersi dan cenderamata lain.

Tetapi kini, sudah wujud golongan yang memburu tandatangan pemain untuk dijual.

Son Heung Min mungkin sudah mendapat tahu tentang golongan ini yang memburu tandatangan atlet dan selebriti untuk mereka jual di eBay dan sebagainya.

Lebih mengejutkan lelaki itu dengan angkuh membalas Son Heung Min yang mempersoalkan kenapa dia harus sign lebih sekali dan cuba menutup wajahnya dengan hoodie, lelaki itu berkata: “Itu tak penting pun [bukan masalah kau].”

Son dengan nada kecewa berkata: “Kenapa pula itu tidak penting [untuk saya tahu]?”

Son Heung-min questions an autograph seller outside of Tottenham training ground. He was thankful to the fans who waited respectfully after training.
byu/MrVISKman insoccer

Son Heung Min bagaimanapun menyatakan bahawa dia sangat menghargai mana mana peminat yang datang berkumpul di luar pusat latihan untuk melihat kelibat beliau. Atau jika ada kesempatan dia akan cuba melayan peminat seperti biasa.

Son Heung Min antara pemain bola sepak yang sangat senang dan ringan tulang untuk melayan peminatnya.

Namun kini dia mulai lebih berhati hati dalam menurunkan tandatangannya kerana tidak mahu ada pihak yang cuba mengambil kesempatan. Kerana ada peminat lain yang lebih berhak mendapatkan tandatangannya.

Di ruangan komen reddit mereka mengecam tindakan lelaki tersebut yang dianggap biadap, dah la parasit, kata mereka.

Mereka juga kagum dengan cara Son Heung Min mengendalikan situasi itu. Walaupun jelas dia agak bengang namun dia masih melayan peminat lain yang datang untuk melihat dia di sana.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang