Jose Mourinho terlibat dalam pertikaman lidah dengan 2 bintang utama Napoli iaitu Victor Osimhen dan juga Kvicha Kvaratskhelia.
Osimhen dibuang padang dalam aksi antara Roma dan Napoli semalam.
Ketika Mourinho sedang bercakap, Kvicha Kvaratskhelia lalu di hadapannya. Pengurus itu meninggikan suaranya ke atas pemain itu.
Mourinho pada masa itu benar benar tak puas dengan pemainnya, Bryan Cristante yang dilayangkan kad kuning kerana membentes Kvicha Kvaratskhelia betul betul di hadapannya.
Dia tak berpuas hati dengan pemain itu yang dianggap terlalu mudah menjatuhkan dirinya ketika berdepan cabaran fizikal.
Mourinho yang membantah keputusan pengadil turut dilayangkan kad kuning.
El cruce entre Mourinho y Kvaratskhelia 😳.
pic.twitter.com/ZQ99K4cj43— The Chips (@TheChips_Futbol) December 23, 2023
Kvicha Kvaratskhelia seterusnya berlalu di hadapannya terus diteriak oleh Mou. Dia meminta pemain muda itu jangan biadap dengan orang lebih tua. Kvicha Kvaratskhelia dilihat turut mempertahankan dirinya.
Mourinho dilihat berkata: “Hei hei, Sudah, sudah, sudah, sentiasa cuba bertahan atas padang [bukan diving], respect!’
#Mourinho si mangia #Kvaratskhelia:
“Basta! Basta! Basta! Stai sempre per terra! Porta rispetto!” #RomaNapoli pic.twitter.com/Dmx7vBAI8k
— Andrea Pelagatti (@AndreaPelagatti) December 23, 2023
Reaksi pemain itu jelas tenang dan tidak agresif. Mungkin sebab itu Mourinho kesal dengan makiannya tadi lalu memegang pemain itu di kepala dan menciumnya.
Perkara yang sama dilakukan Mourinho kepada Osimhen pada akhir perlawanan. Dia mencium pemain Nigeria di pipinya.
Perlawanan berakhir dengan kemenangan 2-0 berpihak AS Roma.