Video Lepas Rakam Delete Messi (4 Gol ) & Braithwaite (2 Assist) Membantai Eibar

Barcelona menang dengan bergaya dan beraya gol ke atas Eibar. Ianya pasti kemenangan bermakna kepada Barcelona yang kembali semula ke puncak liga.

Lionel Messi menunjukkan aksi masterclass beliau sekali lagi dalam aksi di atas padang. Selepas gagal menjaringkan gol, ‘Kambing’ aka GOAT kali ini meledak 4 gol. Lain macam lepas geram dia.

Messi memulakan aksi cemerlang beliau dengan gol seawal minit ke-14. Ianya selepas Barcelona dilihat agak hambar pada awal perlawanan.

Gol pertama yang menyaksikan kapten Barcelona itu melakukan gelecekan dan menutmeg pihak lawan sebelum melepaskan rembatan yang jahat dan sungkitan ringkas.

Tidak lama kemudian, Messi melakukan satu lagi larian deras dari sebelah kiri dan meleretkan bola melepasi penjaga gol.

Gol ketiga sebenarnya Messi nak bagi Griezmann namun pemain Perancis tu pula tak nak. Lalu terpaksalah Messi meledak hatrik separuh masa pertama.

Jarak antara hatrik beliau adalah 27 minit.

Messi kini sudah mencetak 48 hatrik di dalam kariernya. Angka yang memintas Cristiano Ronaldo, dalam carta raja hatrik.

Ronaldo setakat ini mencatatkan 47 hatrik di dalam sejarah karier beliau. Memang masih tak habis pertarungan dua legenda ini.

Pada separuh masa kedua, Barcelona menambah dua lagi gol.

Pemain baharu mereka iaitu Martin Braithwaite ternyata cemerlang yang teramat dalam perlawanan ini. Masuk minit ke-72 menggantikan Griezmann.

Dan tidak lama selepas itu, beliau mencipta assist kepada King Leo. Assist yang sesedap rasa.

https://twitter.com/i/status/1231340506665439232

Beberapa minit kemudian, Braithwaite kemudian menambah satu lagi assist, kali ini kepada Arthur.

Barcelona menang bergaya 5-0 ke atas Eibar untuk kembali semula merajai carta liga, dengan kekalahan mengejut Real Madrid selepas itu.

Lihat aksi aksi Barcelona di sini:

Barcelona selepas ini akan berhadapan dengan Napoli dalam first leg peringkat 16 akhir UCL.

Messi sebelum  ini mengingatkan Barcelona bahawa mereka perlu bekerja keras lebih untuk memenangi UCL musim ini.

Hal ini kerana menurut Messi, Barcelona bukan pasukan pilihan macam yang dulu lagi.

Dan perlawanan selepas itu yang power iaitu aksi el clasico berhadapan dengan Real Madrid.

Penyokong Barcelona pasti gembira dengan prestasi Lionel Messi dan Barcelona pada ketika ini untuk turun berhadapan dengan skuad bimbingan Zinedine Zidane.

Namun el clasico ini ada roh tersendiri. Tak kisah pasukan mana on form, ianya tekanan yang berbeza.

Real Madrid tewas mengejut di tangan Levante dalam satu lagi aksi. Ia memberikan tekanan kepada Zinedine Zidane yang kemudiannya diseksa lagi dengan kecederaan yang menimpa Eden Hazard.

Hazard terpaksa meninggalkan padang awal. Dan Zidane merasakan kecederaan itu adalah kecederaan yang sama ketika Hazard terpaksa berehat 3 bulan sebelum ini.

Hazard masih lagi bergelut dengan prestasi dan masih mencuba untuk memenuhi tag harga beliau.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari