Robert Lewandowski secara rasmi diperkenalkan di Nou Camp dengan memakai jersi nombor 9 di Barcelona. Sekaligus mengambil nombor itu daripada Memphis Depay.
Robert Lewandowski diperkenalkan kepada umum di Camp Nou oleh Barcelona pada hari Jumaat dan disaksikan puluhan ribu penyokong Barcelona.
Sebelum ini, Lewandowski muncul dalam perlawanan pramusim di Amerika Syarikat dengan memakai jersi nombor 12.
Lewandowski sangat signifikan dengan nombor 9 ketika di Bayern Munich dan pasukan kebangsaan Poland.
Pemain berusia 33 tahun itu juga telah mencatatkan pelbagai pencapaian, baik secara berpasukan mahupun secara individu dengan nombor 9 di belakangnya.
Antara kejayaan peribadinya adalah termasuk
menjadi Pemain Terbaik UEFA 2020 dan dua kali mendapat anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA 2020 dan 2021.
π¬ | Robert Lewandowski greets the fans during his presentation at Camp Nou.pic.twitter.com/xeJ3p20HRK
β infosfcb ξ¨ (@infosfcb) August 5, 2022
Barcelona sendiri memiliki sejarah yang panjang dengan nama nama besar pernah memakai nombor itu. Ini termasuk Luis Suarez (penjaring ketiga terbanyak sepanjang zaman), Ronaldo Nazario, Zlatan Ibrahimovic, Samuel Etoβo, dan Patrick Kluivert.
Ketika sesi pengenalannya, seperti secara tradisinya, Lewandowski menimang bola di hadapan peminat di Nou Camp. Dan aksinya sangat memukau. Dia melakukan beberapa aksi freestyle yang menarik sesuai dengan statusnya sebagai penyandang anugerah pemain terbaik dunia FIFA.
Robert Lewandowski doing his thing in front of the home crowd π
(via @FCBarcelona)pic.twitter.com/WLXXLcR9ez
β B/R Football (@brfootball) August 5, 2022
Pemberian no.9 kepada Lewandowksi. Namun ia juga menghantar isyarat bahawa Barca benar benar mahu menjual Memphis Depay.
Penyerang Belanda itu menjadi pemakai nombor 9 sejak ketibaannya pada 2021, meneruskan legasi Luis Suarez yang berlepas ke Atletico Madrid.
Kini pemain itu berada dalam senarai untuk dijual atau dilepaskan. Barca sebelum ini sudah mencapai kesepakatan dengan Depay di mana mereka sedia melepaskan pemain itu secara percuma jika ada kelab lain yang menawarkan tawaran yang baik dan memuaskan pemain itu.
Barca dan Depay tak dapat mencapai kesepakatan bersama untuk penamatan kontrak pada ketika ini kerana Barca perlu membayar pampasan β¬20 juta. Jika tiada tawaran daripada kelab lain yang memuaskan Depay maka pemain itu akan terus kekal menjadi pemain Barca.
Dan dia bakal diberikan nombor skuad yang baharu. Berbanding dengan Umtiti dan Braithwaite yang dilaporkan tidak akan diberikan nombor skuad yang baharu.
Barca terdesak mahu menjual beberapa pemain mereka kerana mahu mengosongkan akaun gaji pemain yang mereka tanggung.