Video: Libasan Padu Jahanbakhsh Untuk Gol Penyamaan, Satu-Satunya Opsyen Ketika Itu

Pemain kebangsaan Iran, Alireza Jahanbakhsh sekali lagi menjaringkan gol dalam aksi EPL. Minggu lalu beliau menangis kerana akhirnya memecahkan kebuntuan gol di EPL.

Ia satu detik penuh emosi untuk beliau yang diletakkan kepercayaan yang tinggi pada awal musim.

Dan pada aksi berhadapan dengan Chelsea, Alireza Jahanbakhsh sekali lagi dalam senarai penjaring. Kali ini dengan gol sepakan gunting yang sangat padu.

Ianya berlaku pada minit ke-86 perlawanan untuk menyelamatkan pasukannya daripada kekalahan.

Frank Lampard sendiri memuji gol tersebut sebagai gol penyamaan yang luar biasa dilakukan oleh Jahanbakhsh.

Alireza Jahanbakhsh mendedahkan beliau tiada pilihan lain ketika itu, hanyalah ada pilihan untuk melakukan libasan gunting.

Gol cantik ni biasanya hasil daripada keupayaan teknikal luar biasa dalam usaha connect dengan hantaran yang agak lari daripada sasaran ataupun timing.

Itu yang berlaku dalam aksi semalam. Jahanbakhsh berada di dalam kedudukan bola di belakangnya dan beliau melakukan libasan untuk memastikan bola itu dihala ke gawang.

Dan ia memberikan hasil lumayan!

Alireza Jahanbakhsh memberikan 1 mata kepada tuan rumah dalam aksi berhadapan dengan pasukan Chelsea yang berada di 4 teratas.

Jahanbakhsh masuk pada minit ke-68. Dan beliau menjadi pemain paling banyak melakukan shot serta mencipta peluang untuk pasukannya. Dengan 3 shot dan 3 ciptaan peluang.

Jelas sekali beliau adalah gamechanger dan supersub.

Jahanbakhsh berkata kepada BT Sport: “Perasaan yang luar biasa. Apabila saya masuk, saya ada perasaan saya akan dapat memberikan impak dalam perlawanan ini.”

“Ketika saya melihat bola melintasi saya, saya cuma memikirkan untuk melakukan percubaan yang sederas mungkin yang saya mampu. Lalu, pada ketika ini libasan gunting hanyalah opsyen yang saya ada.”

“Saya akan menontonnya beberapa kali lagi selepas perlawanan ini.”

Sebelum ini beliau gagal menjaringkan gol dalam 26 penampilan pertamanya bersama dengan Brighton. Dan kini beliau sudah menjaringkan 2 gol daripada 2 perlawanan.

Keputusan seri ini menamatkan rekod buruk kekalahan 11 kali dalam kesemua 11 pertemuan terakhir Seagulls berhadapan dengan The Blues.

“Masa yang sukar untuk saya. Saya telah berlatih bersungguh-sunggu dengan sebaiknya untuk mendapatkan peluang bermain. Saya bertuah kerana ia seperti yang saya mahukan.”

“Saya gembira membantu pasukan ini mendapatkan mata. Ini permulaan tahun yang terbaik.”

“Chelsea pasukan yang hebat. Kita tahu ini perlawanan sukar. Separuh masa pertama kita mengawal sebahagian besar perlawanan, dan kita lebih dominan. Kita ada peluang untuk menang,” tambah beliau lagi.

Jahanbakhsh mahu melupakan musim 2019 dan berharap tahun 2020 ini lebih baik kepada beliau dan pasukan.

Selepas cemerlang menang ke atas Arsenal dalam derbi, Chelsea keciciran mata sekali lagi.

Mereka sekali lagi mempersia – siakan peluang untuk menjarakkan jurang mata di tangga keempat.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil