VIDEO: Lihat Aksi Buaya ‘Test Power’ Berlumba Dengan Bot Laju Tarik Perhatian Warganet

Video haiwan di internet adalah antara perkara paling menyeronokkan untuk ditonton, misalnya video kucing.

Paling kita suka video haiwan yang ada interaksi dengan manusia.

Mungkin sebab itu seekor buaya memutuskan untuk bermesra dengan manusia dengan cara dia tersendiri.

Tertular satu video seekor buaya besar yang ‘test power’ berlumba dengan bot laju. Ramai yang sukar untuk mempercayainya.

Klip itu dikongsi di Twitter oleh laman bernama Gators Daily. Masa dan lokasi video tidak diketahui tetapi ia pasti akan membuatkan anda rasa terpukau dengan aksi sang bedal.

Kapsyen video berbunyi, ‘Croco racing speedboat’.

Video tersebut dirakam oleh seorang yang menaiki bot laju. Ketika mereka mulai memecut, ada antara mereka yang melihat seperti air berombak di sekitarnya, beberapa saat kemudian buaya muncul di sebelah bot mereka.

Ketika bot itu semakin bergerak ke depan, buaya itu kelihatan hilang ke dalam air, Namun sebenarnya dia mengambil daya pecutan dan benar benar berusaha untuk mengalahkan bot tersebut.

Netizen terkejut melihat buaya itu dapat berenang dengan sepantas itu.

Malah ada juga yang rasa takut melihat video tersebut, seram melihat bot bergerak di sebelah buaya yang sangat besar.

Menurut Animals.mom.com: “Buaya bergerak dengan perlahan ketika di darat kerana fizikalnya yang berat dan kakinya yang pendek.”

“Tetapi mereka bergerak dengan cepat dan mudah di dalam air. Buaya air masin (Crocodylus porosus) dianggarkan berenang dengan kelajuan hingga 15 kilometer sejam.”

Jadi ya, buaya mungkin bukan makhluk terpantas di darat ataupun paling pantas di dalam air tetapi mereka boleh bergerak dengan sangat pantas.

Menurut wikipedia: Buaya merupakan rumpun reptilia pemangsa besar separa akuatik yang tergolong dalam order Crocodilia (atau Crocodylia).

Buaya mula-mula muncul 83.5 juta tahun dahulu pada Akhir Usia Kapur (tahap Campanian) dan merupakan saudara hidup terdekat bagi burung kerana kedua-dua rumpun ini adalah ahli Archosauria yang tinggal. Ahli-ahli total group order ini, iaitu klad Pseudosuchia, muncul kira-kira 250 tahun dahulu pada usia Awal Trias lalu berdiversifikasi sepanjang era Mesozoik.

Order Crocodilia termasuklah suku “buaya sejati” (keluarga Crocodylidae), suku aligator (keluarga Alligatoridae), dan suku gharial dan jejulung (keluarga Gavialidae).

Sebagai biawak yang berbadan seakan biawak yang besar dan sasa, buaya mempunyai jongor yang panjang dan leper, ekor yang termampat sisi, dan mata, telinga dan liang hidung di atas kepala. Buaya berenang dengan baik dan dapat berjalan di atas darat dengan mengangkat atau menurunkan badan, malah spesies kecil-kecil pun dapat berjalan menderap.

Kulitnya tebal dilitupi sisik yang tidak bertindan. Buaya mempunyai gigi berbentuk kon seakan pepaku dengan gigitan yang kencang. Jantungnya berkebuk empat seakan-akan seperti burung. Dalam paru-parunya adalah sistem peredaran berpusing-pusing satu arah. Seperti semua reptilia bukan avian yang lain, buaya bersifat ektoterma (berdarah sejuk).

Buaya umumnya terdapat di kawasan tanah panah tropika, tetapi suku aligator juga tinggal di Amerika Syarikat tenggara dan Sungai Yangtze di China.

Rata-ratanya haiwan daging, memakan haiwan-haiwan lain seperti ikan, ketam, udang, sotong, siput, burung mahupun mamalia. Sesetengah spesies seperti gharial India makan benda tertentu, sementara yang lain seperti buaya katak makan bermacam-macam sahaja. Buaya lazimnya hidup bersendirian dan menjaga wilayah, tetapi adakalanya makan beramai-ramai. Sewaktu membiak, jantan dominan cuba membolot betina-betina yang sedia ada.

Betina bertelur dalam lubang atau guar. Tidak seperti kebanyakan reptilia lain, buaya menjaga anak yang baru menetas.

Dan ada juga lagu khas buaya versi Kelantan yang legend:

Minat Ko Ore Tino (Pencinta Wanita – Versi Kelate)

Di manakah boleh cari cinta
Cinta sengoti dale hidup ambo
Lebih kure wak serupo dio
Semoga temu dengan dio

Ambo tokse nak janji ngan dio
Pasti sene hidup dengan ambo
Biar dio sendiri yang rasa
Bertapa gilo nyo ko dio

(Korus)
Ambo meme minat ko ore tino
Tapi buke jenis boyo
Dokleh duk nak cari tino sokmo
Ambo cinto hanyo ko dio

Ambo meme minat ko ore tino
Ore juruh supo dio
Ambo tokse doh pada lain rasonyo
Wak dok cari dan berjumpo
Cinta ambo tenyato
Ambo nak hanyalah dio

(Ulang Korus)

Baca yang lain