Dalam perlawanan antara Galatasaray dan Kayserispor, Muğdat Çelik telah dilayangkan kad kuning, memberikan penalti kepada lawannya dan kemudian menerima kad merah pada separuh masa kedua.
Mudgat Celik merupakan bekas pemain Galatasaray, dan dia melakukan satu aksi handball paling mencurigakan di dalam sejarah bola sepak.
Celik dengan peliknya telah merangkul bola yang lalu di hadapannya atas alasan mahu menghalang pemain lawan daripada melakukan gol.
Celik menghabiskan sepanjang musim 18/19 dengan Galatasaray dan disenaraikan dalam aksi menentang mereka dalam pertembungan Super Lig Turki pada hari Isnin.
Setiap pemain pasti mahu melakukan yang terbaik berdepan pasukan lama mereka. Namun Celik pula salah seorang pemain yang bertemu pasukan lamanya dan berakhir tragedi.
Celik turut memberikan penalti kepada Galatasaray. Mbaye Diagne menjaringkan sepakan penalti dan ramai mulai menuduh Celik sebenarnya telah ‘menyerahkan kemenangan kepada pasukan lamanya dengan tangannya sendiri’.
Tetapi Gustavo Campanharo muncul untuk menyamakan kedudukan bagi mengelakkan pasukannya daripada kalah.
Kırmızı Kart ve PENALTI , olayın kahramanı, penaltıyı yaptıran ve ikinci sarı karttan oyundan atılan eski Galatasaraylı Muğdat Çelik
HANİ TİYATROLAR KAPALIYDI?#GSvKYS pic.twitter.com/nxl2h7vsF0
— Feyza JK (@Feyzajk1903) November 23, 2020
Ada peminat menuduh Celik sebenarya telah menjual perlawanan. Ini kerana cara beliau memberikan penalti dan handball itu sangat pelik. Celik dilihat dua kali menarik bola dengan tangannya.
Skandal menjual perlawanan bukan perkara baru di Turki. Oleh itu Celik menjadi sasaran peminat di Turki pada ketika ini.
Muğdat Çelik, the former Galatasaray player's handball tonight vs. his old club.
He also gave a penalty away and was sent off in the 2nd half.
Absolutely stinks of match fixing 😂 https://t.co/usCGIan7pt
— Footy Accumulators (@FootyAccums) November 23, 2020
Namun ada juga mempertahankan Celik dan cuma menganggap itu cumalah hari malang seorang pemain bola sepak.
Celik turut membidas pengadil yang melayangkannya kad merah. Celik kemudian menepis dakwaan bahawa dia menjual perlawanan.
“Di mana tempat saya makan roti [sumber rezeki], maka di situlah pasukan saya. Saya bermain untuk Kayserispor sekarang. Dalam posisi yang saya memegang bola dengan tangan, pemain mereka berada dalam posisi menghadap gol, dan saya harus melakukan sesuatu.”
“Ketika mengambil keputusan penalti, itu adalah keputusan yang berat. Pemain itu berlari di hadapan saya. Saya tidak pernah melihatnya. Hanya hujung kaki saya yang menyentuh kaki dia. Tidak ada kekasaran.”
“Saya tidak layak mendapat kad merah,” katanya.
Tetapi ini bukan pertama kali Celik dikatakan melakukan perkara pelik berdepan Galatasaray. Sebelum ini ada peminat menuduh Celik sengaja menunggu pemain Galatasaray mengejarnya dan mempersia siakan situasi 1 lawan 1.
This is not first time…Muğdat Çelik had helped before, @GalatasaraySK he gives up to score at the last minute .. pic.twitter.com/tmGHkWbSuc
— vedat aktürk (@vdtakturk) November 24, 2020
Jadi apa pandangan korang? Kongsikan di ruangan komen.