VIDEO: Lihat Aktivis Ini Gelar Atlet Tukar Kemaluan Sebagai Iblis Dan Sekolahkan Pelajar Pro LG-T

Seorang aktivis dan penyampai radio, Charlie Kirk telah menjadi sasarn kecaman oleh penyokong tegar puak songsang.

Kirk juga merupakan orang yang menubuhkan Turning Point USA yang banyak membangkitkan perdebatan isu semasa.

Kirk sudah lama memperjuangkan agar USA kembali mengelaskan jantina kepada 2 sahaja iaitu lelaki atau wanita.

Dia mendapat kecaman puak pelangi selepas kenyataan dia menentang penyertaan atlet tukar jantina, Lia Thoms yang bertanding dan menang dalam acara wanita.

Lia Thomas ialah atlet trn-gender pertama menjadi juara kebangsaan Aemerika Syarikat, Divisyen I. Dia turut mencipta rekod baru kejohanan.

Lia Thomas terus membolot acara acara wanita yang disertainya sejak dia menukar dan convert spec pada jenteranya. Prestasi cemerlang dia sejak bertukar jantina membuatkan dia kini di landasan yang tepat untuk mewakili AS ke sukan Olimpik.

Pelajar Universiti Pennsylvania berusia 23 tahun itu bertanding di Kejohanan NCAA dan menduduki tempat pertama dalam gaya bebas 500 ela dengan catatan masa 4:33.24.

Atlet lelaki yang gagal membuatkan dan tak gembira

Thomas, yang bertanding dalam pasukan lelaki universiti selama tiga tahun sebelum peralihannya pada 2019, menewaskan pelajar baru dari Virginia, Emma Weyant dengan 1.75 saat.

Menurut ESPN, perenang trans itu mencatat masa terbaik musim hanya “lebih sedikit” daripada menewaskan rekod Katie Ledecky 4:24.06.

Bercakap dalam temu bual selepas tamat perlumbaan, Thomas yang penuh emosi mendakwa bahawa dia cuba “mengabaikan” kontroversi yang menyelubungi penglibatannya dalam sukan wanita.

Namun Lia Thomas menyatakan bahawa dia sedar sebenarnya, kritikan yang dilemparkan ke atasnya bukti bahawa dunia sedang memerhatikannya.

Dia pernah menjadi atlet lelaki dia tidak memenangi pertandingan besar. Membuatkan dia tak gembira. Lalu dia menukar jantina untuk mencari kegembiraan dalam sukan renang.

“Ini bermakna dunia berada di sini,” katanya.

“Saya mahu merasai kegembiraan Itu sebabnya saya di sini.”

Thomas menambah: “Saya cuba mengabaikannya semampu saya. Saya cuba fokus pada renang saya, apa yang perlu saya lakukan untuk bersiap sedia untuk perlumbaan saya. Dan cuba untuk tidak memikirkan semua perkara yang lain.”

Kemenangan Lia kali ini terus menerima kritikan. Di mana ramai yang menuntut keadilan dalam sukan wanita.

Lia Thomas kemudian memberikan amaran kepada pihak yang menuduh dia lelaki. Lia berkata: “Saya bukan lelaki la. Saya seorang wanita sekarang.”

Thomas, yang telah menjadi tumpuan selepas muncul dalam acara renang wanita, sekali lagi mendapat reaksi balas yang agak panas selepas memenangi kejuaraan.

Bekas penyampai bersama Good Morning Britain, Piers Morgan dan Donald Trump Jr adalah antara mereka yang terbuka menyelar kemenangan Thomas pada malam Khamis.

“Jika anda menyokong perkara ini, anda secara aktif mengambil bahagian dalam pemusnahan secara sengaja sukan wanita [dan] hak wanita untuk keadilan [dan] kesaksamaan. Ia memalukan,” tweet Morgan.

Anak lelaki bekas Presiden AS Donald Trump menghantar tweet yang kini dipadam: “Tahniah bro!!! Lia Thomas meraih kemenangan dalam acara 500 [ela] gaya bebas peringkat kebangsaan.”

ESPN melaporkan bahawa Thomas, yang menolak untuk berada di sidang akhbar pasca perlumbaan NCAA, disambut dengan sambutan yang “terasa tenang” apabila namanya dipanggil semasa di podium.

Memenangi Liga Ivy dengan menewaskan perenang olimpik

Sebelum ini Lia Thomas menjadi perhatian dunia apabila Perenang transjantina itu telah memecahkan rekod yang dipegang perenang Olimpik di Kejohanan Liga Ivy.

Thomas telah menjadi subjek kontroversi dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Tiga tahun sebelum bertukar gender, dia bertanding dalam pasukan renang lelaki dan tak pernah menang acara lelaki. Dia malah berada di ranking 462 sebelum ini.

Namun dia tak berputus asa dan menyertai pasukan wanita Universiti Pennsylvania, dengan dominasinya mencetuskan perdebatan ketika peringkat kelayakan.

Bertanding di Kejohanan Renang dan Terjun Wanita Ivy League, Thomas mencatatkan rekod pecahan individu terpantas dalam acara berganti-ganti 800 ela gaya bebas sebelum memperoleh gelaran individu pertamanya dalam gaya bebas 500 ela dengan masa kemenangan 4:37.32 — lebih tujuh saat lebih cepat daripada rakan sepasukannya – Catherine Burokeryang beradad di tempat kedua.

Persembahan cemerlangnya berjaya mencipta rekod baharu di Kolam Blodgett Universiti Harvard, menewaskan atlet Olimpik Kate Ziegler. Walaupun begitu, misi pecah rekod Thomas tidak terhenti di situ — dengan masa kemenangan 1:43:12 dalam gaya bebas 200 meter, dia mencipta rekod lain.

Mike Schnur, jurulatih Lia Thomas di universiti, menyifatkan dia sebagai anak paling berani yang pernah dia temui dalam hidupunya.

Pujian ke atas Lia Thomas turut dihamburkan oleh pengulas ESPN Plus iaitu Alex Vispol.

“Di sebalum semua perhatian yang diberikan kepadanya, namun dia mempunyai ‘keberanian yang luar bias.”

Aktivis Charlie Kirk gelar Lia Thomas berperangai Iblis!

Seorang lagi aktivis iaitu Charlie Kirk diserang dengan soalan menuduh dia anti kebebasan gender. Kirk mempertahankan pendiriannya tentang Lia Thomas.

Dia berkata: “Kita tidak harus mendidik perkara ini di sekolah, tidak patut membenarkan lelaki bertanding dalam acara sukan NCAA wanita.”

Kemudian pro LG-T itu bertanya bagaimana dengan seorang lelaki yang sudah sepenuhnya bertukar jantina menjadi wanita.

Kirk membalas: “Kenapa Lia Thomas tidak bertanding sahaja menentang lelaki? Di sebalik masalah delusi mentalnya. Kenapa kita harus tunduk dan merombak semula sukan wanita hanya untuk seorang lelaki yang ternyata memiliki kelebihan dari segi kemampatan tulang dan penghasilan testosteron.”

“Kenapa perkara ini perlu menjadi masalah kita sekarang ini? Kenapa masyarakat harus mengubah hanya kerana seorang yang sangat bising [Lia Thomas yang merengek nak bertanding acara wanita] – itu yang pasti benar benar mengganggu orang lain.”

“Ok, adalah lebih adil untuk memberitahu dia, kalau kamu ada masalah [dengan peraturan sukan wanita] maka teruskan bertanding dalam kategori kamu sebelum ini. Kamu masih boleh memakai apa sahaja pakaian kamu suka, saya fikir, dan memandangkan kamu seorang perenang yang hebat maka bertandinglah menentang lelaki.”

“Ohhh… lupa pulak dia seorang yang narsistik, di mana dia pernah berada di ranking ke-200 menentang lelaki lain, dan apabila dia menentang perempuan dia terus memenangi kejohanan.”

“Sebab dia menipu!”

“Kerana ini semua adalah untuk kepentingan dia sendiri bukannya untuk pertandingan ini atau kesaksamaan.”

Sebelum itu dia menjawab soalan dari seorang lagi pelajar pro lg-t.

Kali ini dia berkata: “Seorang lelaki menggelarkan diri dia transs dan menggunakan wajah perempuan, tak ubah seperti saya menyolek wajah saya hitam dan mengklaim diri saya seorang kulit hitam.”

“Itu adalah kamu cuba menganggap sendiri indentiti yang bukan milik kamu.”

Kemudian pelajar itu menyatakan pasti ada niat murni Lia Thomas melakukannya.

Charlie Kirk tak bagi chance, terus dia bantai lagi: “Niat dia langsung tidak relevan sama sekali [dalam perkara ini]. Tetapi tindak tanduk dia yang kita harus nilaikan. Betul tak?”

“Jika seseorang itu merompak bank atas alasan dia miskin dia masih perlu disumbat ke dalam penjara. Tidak kisahlah dia miskin atau kaya.”

“Jika seseorang memberikan kebenaran untuk pengelasan identiti dia adalah wanita, hanya kerana dia mahu kegembiraan, ‘Oh saya nak memenangi pertandingan NCAA. Sebab saya tak boleh bertanding lawan lelaki.’  — Maka kita gelar orang seperti ini penipu!”

“Dia sendiri yang cakap kepada ESPN minggu ni, ‘Saya nak rasa gembira’. Sebab itu kita ada standard.”

“Oh ya, saya yakin ada ramai penipu yang gembira di luar sana.”

Pelajar itu kemudian menuduh Charlie Kirk ada niat yang memudaratkan individu seperti Lia Thomas.

Kirk menjawab:  “Tetapi apa yang dia buat tak relevan. Mereka ni berperangai iblis!”

“Tidak kisahlah kalau mereka cakap mereka melakukan perkara yang baik. Semua gerakan iblis dalam sejarah dunia ini, mereka  fikir mereka melakukan perkara yang bagus.”

Saksikan rangkuman aksi debat itu di sini:

Walaupun ramai golongan woke menentang pandangannya namun di mata ramai atlet wanita, Charlie Kirk adalah wakil kepada suara mereka.

 

 

Baca yang lain