[VIDEO] Lihat Assist 3 Mata Trossard Yang Gila Ini

Leandro Trossard mungkin antara pemain ‘buangan’ yang paling bertuah. Dia sebelum ini dibuang oleh Brighton dan disambut oleh Arsenal yang gagal mendapatkan Mudryk.

Kini dia bermain untuk pasukan yang sedang memimpin kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Dalam aksi antara Arsenal dan Leicester di King Power Stadium, Trossard menunjukkan kualiti luar biasanya.

Kehadirannya di Arsenal benar benar memberikan tambahan sangat berharga untuk kelab itu.

Dia diturunkan bersama sama dengan Martinelli dan Saka. Selepas Nketiah disisihkan ke bangku simpanan.

Di Leicester, pasukan Arsenal sukar mencari gol.

Beberapa gol mereka turut dibatalkan VAR.

Ini termasuk gol Trossard pada separuh masa pertama yang dibatalkan VAR kerana Ben White didapati mengasri Danny Ward.

Tetapi itu tidak menutup fakta bahawa pada awal separuh masa kedua, Trossard melakukan sentuhan ajaibnya dengan melakukan beebrapa siri step over mudah dan mencucuk bola di celah kangkang pemain lawan.

Gerakan elegan itu disambung oleh Martinelli yang kemudian menjaringkan gol.

Gol tersebut merupakan gol tunggal kemenangan Arsenal dalam perlawanan ini.

Mereka awalnya mejarakkan diri kepada 5 mata di atas City. Namun kemudian City turut menang ke atas Bournemouth.

Arsenal kekal di puncak liga dengan kelebihan 2 mata berbanding Man City.

Adakah Arsenal akan berjaya mengekalkan momentum mereka dan menamatkan kemarau kejuaraan EPL di kelab itu?

Mereka ternyata benar benar sudah bersedia untuk melakukannya.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.