.Dalam kejadian yang tular, berlaku di Johor Bharu, seorang wanita – beg tangannya – diragut ketika sedang menyeberangi jalan.
Peragut yang bertindak solo telah terbabas dan cuba mengangkat motosikalnya.
Ketika itu juga seorang brader yang dilihat meluru melakukan flying kick dalam keadaan on the run.
Tendangan terbang ala Tony Ja itu singgah tepat pada peragut yang terbaring tewas. Memang keras bak seorang petarung MMA.
Kesannya, peragut tadi turut rebah sekali lagi bersama motosikalnya.
Orang ramai yang lain yang ada di situ turut membantu menahan peragut itu yang meronta ronta mahu melarikan diri.
Warganet ternyata berpuas hati melihat aksi kepewiraan brader tersebut.
Dalam satu lagi video, page Lawak Seram telah memuat naik video yang memaparkan detik peragut itu ditahan oleh orang awam.
Menurut informasi, ‘Tony Jaa’ tersebut adalah pegawai MBJB yang bertugas di kawasan tersebut.
Pada awalnya peragut tersebut kelihatan terus mempertahankan diri.
Namun dia akhirnya ditahan oleh orang awam yang geram dengan perangainya.
Berlaku sedikit pergelutan ketika dia cuba ditahan dan diserahkan kepada polis.
Ternyata benar kata orang tua tua, sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Jenayah ragut di negara kita terus banyak berlaku.
Stay safe semuanya
Ragut adalah jenayah merisaukan kita semua. Para peragut kerap menggunakan motosikal, dan dalam kebanyakan kes, mereka adalah penagih dadah.
Kebanyakan mangsa ragut adalah wanita yang berjalan kaki, berbasikal atau menunggang motosikal. Mangsa biasanya menyandang beg di bahu kanan atau meletak beg tangan di dalam bakul motosikal.
Jadi, berhati hatilah kepada semua. Termasuk yang lelaki.
Di Malaysia, kerajaan Malaysia telah bertindak dengan pelbagai cara tetapi jenayah ini masih lagi berleluasa. Ia termasuk memasukannya dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Bagi Mengurang Kadar Jenayah.
Peragut biasanya dikenakan hukuman di bawah Seksyen 392 hingga Seksyen 402 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Selain itu pesalah boleh dituduh sebagai jenayah samun dan rompak.