Kita semua benci dengan scammer. Namun mereka sangat licik dalam memperdaya mangsa termasuk mereka yang berpendidikan tinggi sekalipun, tak terlepas.
Seorang pengguna YouTube yang digelar Scambaiter telah mengumpan scammer di India untuk masuk ke perangkapnya. Scambaiter dianggap Whitehacker. Istilah untuk hacker yang menggunakan kaedah menggodam untuk tujuan berperang dengan hacker jahat. Kira macam hacker baik la. Cuma tak boleh sebut hacker baik sebab kerja hacker tu memang salah.
Scammers tersebut mensasarkan pengguna aplikasi pembelian atas talian, Amazon.
Menurut scambaiter, pihak scammer ini sangat sukar dikesan oleh mangsanya. Kerana mereka seolah olah benar benar staf Amazon. Sehinggakan mereka tahu aktiviti pembelian pemilik akaun tersebut di Amazon.
Sebenarnya, scammmer sudah menceroboh akaun tersebut dan dia ada akses. Itulah sebabnya dia boleh tahu setiap perincian dan barangan yang dibeli.
Kemudian scammer akan menyuruh mangsa untuk memuatnaik aplikasi Team Viewer untuk mereka berhubung.
Scammers cuba menipu seorang wanita. Namun wanita ini bijak, mendapati ada sesuatu seperti tak kena, dia mengeluarkan kad kreditnya daripada Amazon. Dan membuatkan scammer tidak boleh membeli barangan di Amazon.
Scammer akan menghantar email kepada pengguna berkenaan dengan barangan yang mereka beli. Jika pengguna merasakan mereka tidak membeli, mereka diminta menghubungi khidmat pelanggan yang sebenarnya call center terletak di India.
Mereka kemudian memberikan arahan untuk membantu pelanggan tersebut membatalkan tempahan ataupun pembelian.
Seterusnya mereka akan menukar password pengguna tersebut. Ini yang mebuatkan pengguna akan mendapatkan khidmat yang mereka tawarkan untuk mengembalikan semula akaun.
Selain itu scammer juga akan semakin nampak ‘legit’ apabila tahu nombor terakhir kad kredit yang digunakan untuk mebuat pembelian.
Scambaiter berkata: “Penipuan ini sangat berjaya kerana scammer dalam masuk ke dalam akaun Amazon dan melakukan dengan cara yang sangat dipercayai. Scammer akan melakukan social engineering [mendapatkan maklumat orang]. Mereka mendapatkan informasi yang terdapat dalam pengkalan datan amazon.”
“Oleh sebab itu mangsa mangsa mulai percaya dengan mereka ini semua.”
Scambaiter kemudian menjejak scammer tersebut menerusi akaun media sosial mereka menggunakan komputer scammer tersebut. Scambaiter juga akses ke dalam laptop scammer dan mendapati ada satu fail tangkap layar di mana mangsa membayar USD1,000 dalam RM4.1k macam tu.
Kemudian Scambaiter menemui 2 gambar penting iaitu kad Adhaar ataupun kad pengenalan di India. Seterusnya, Scambaiter cuba menjejak lokasi scammer dengan GPS dan mendapati mereka berada di sebelah utara New Delhi.
Oleh kerana scammer menggunakan laptop mereka, maka Scambaiter mendapat informasi tentang pusat akses untuk wi fi yang mereka gunakan serta pusat akses untuk kamera yang digunakan. Selain daripada konfigurasi jaringan internet yang digunakan oleh scammer.
Selepas melakukan social engineering, maka Scambaiter mendapat padanan gambar scammer dengan info daripada media sosial.
Scambaiter masuk ke dalam proses mengkantoikan mereka dengan menyangkan sendiri gambar scammer daripada kamera mereka.
Scammer terkejut lalu cuba menjauhkan diri dari kamera.
Scambaiter kemudian menyapa: “Hey AJ, macamana kawan? Hey, dengar sini, kau akan menjawab beberapa soalan untuk saya bro. Ayuh.”
“Macam yang kau tengok sekarang, aku dah tahu siapa kamu. Aku dah tahu segalanya tentang kau. Kau nak jawab soalan untuk aku tak bro? Ayuh la, jujur je la dengan aku.”
“Aku tau segalanya tentang kau, aku tau apa kau buat dan aku tahu segalanya tentang syarikat kau. Tu, brader yang ada sebelah kau tu, kau cuma perlu jawab soalan aku je bro.”
“Aku boleh tengok kau sekarang ni, jawab soalan aku okay. Ok Ajay?”
Ajay kelihatan memberikan isyarat kepada rakannya, kehairanan macamana mereka boleh terkantoi tahap macam tu.
“Kenapa kau tanggalkan fon kepala kau. Yo bro, dengar, hello, oh dia letak panggilan pulak.”
Scambaiter yang kegeraman berkata: “Korang tengok kat muka si hodoh ni.”
Kemudian scambaiter berkomunikasi dengan teks, tetapi Ajay bengang dan cuba menutup kamera dan beredar.
Saksikan di sini:
Puas hati kan?
Korang boleh ke saluran YouTube Scambaiter untuk lebih banyak paparan tentang bagaimana mereka mengkantoikan scammer.
BACA JUGA: Tengok Bagaimana Hacker Ini Godam, ‘Ayamkan’ Dan Londehkan Scammer Dari India
Seorang hacker yang menggunakan alias ‘Jim Browning’, telah menjadi vigilante (melantik dirinya sendiri untuk menyelesaikan kes), menentang sekumpulan scammer di India.
Jim Browning hacker yang banyak berkongsi tentang scammer di channel youtubenya.
Scammer tersebut beroperasi sudah lama. Dan mereka menjana keuntungan berjuta juta ringgit.
Paling power mereka pernah menjana lebih $400,000 ataupun lebih RM1.6 juta dalam masa sebulan.
Modus operandi scammer ini adalah, mereka menghantar satu mesej yang pop up pada layar komputer mangsa dan menyatakan window mereka ada masalah.
Seorang conman / scammer ini menyatakan dia bernama Chris Lawson dari San Jose, California, seorang lelaki British untuk membayar £ 1,295 untuk membetulkan balik masalah komputernya.
Pemanggil yang panik ini akan diberikan nombor pin palsu ‘dari Microsoft’. Sebenarnya pin itu apabila dimasukkan akan terus menjadi satu persetujuan bahawa pemilik akaun bank setuju membayar sejumlah wang kepada scammer.
Ada mangsa yang memberitahu scammer itu mereka rasa bagai nak mati dan kemurungan mendengar bayaran dikenakan.
Footage video itu memaparkan scammer tersebut ketawa sesama mereka mendengar seorang mangsa yang terketar ketar suaranya apabila diminta membayar £ 1,295.
Scammer berkata: “Kenapa awak menangis, awak lelaki yang sangat baik, mengapa awak menangis? Semuanya akan baik-baik saja, jangan risau. Jangan macam tu, janji dengan saya, kamu tidak akan menangis lagi, okay? ”
Lelaki itu hanya tinggal £ 90 di dalam akaunnya selepas dikerjakan scammer tersebut.
Jim Browning ayamkan scammer
Lalu mucul vigilante bernam Jim Browning. Beliau menggodam semua cctv dan komputer scammer tersebut. Kesemua aksi yang diceritakan di atas tadi ada di dalam fail yang dia godam.
Jim Browning menganggap misinya ibarat Robin Hood. Menentang kejahatan dengan cara sendiri.
Jika korang pernah tengok filem seperti Die Hard, Fabricated City, Fast And Furious yang ada mata-mata di udara, begitulah yang dibuat oleh Jim.
Dia telah menggodam sistem cctvv dan mendedahkan wajah scammer. Semua yang Jim lakukan ini menyalahi akta siber. Tetapi dia buat untuk menentang penjenayah siber yang lain.
Jim menyatakan dia seronok dapat melihat kelakuan para scammer daripada rumahnya. Nak tengok apa yang mereka buat.
Tak cukup dengan hacking / menggodam, Jim kemudian melalukan buli siber / cyber bully kepada si scammer yang bernama Amit Chauhan.
Habis data maklumat peribadi dan akaun media sosial Amit disebarkan oleh Jim Browing termasuk kepada media gergasi BBC di UK.
Jim kemudian mengumpan scammer ini masuk ke perangkap Jim.
Scammer itu menyatakan mereka dari San Jose. Jim pula meminta mereka menamakan salah satu restaurant yang ada di San Jose.
Scammer mulai koyak dan menjawab: ‘Apakah jenis soalan ni wei?’ Tempah tiket datang ke California dan kamu akan jumpa dengan saya.”
Jim berkata: “Kau nak aku book tiket ke Delhi ke?”
Jim kemudian mengesan scammer mulai membuka Google untuk mencari restoran di San Jose dan perkara itu memberikan Jim hiburan.
Jim kemudian menyerahkan semua maklumat yang dia ada kepada BBC.
Amit Chauhan kemudian terkejut mendapat panggilan daripada BBC. Dan enggan mengulas tentang dakwaan bahawa penipuan mereka telah dibogelkan oleh seorang hacker.
Hidup Amit Chauhan kini berubah kerana sudah ramai mengenalinya sebagai penipu. Walaupun polis India mengesahkan amat sukar mengambil tindakan kerana ramai mangsa adalah di luar India.
Korang layan video kat sini: