VIDEO: Lihat Calon Assist Of The Season Dari Santi Cazorla Dengan First Touch

Santi Cazorla meneruskan kebangkitan dalam kariernya dengan hantaran genius yang tepat ketika melakukan sentuhan cantik untuk Gerald Moreno sudahkan gol voli yang padu.

Menjelang fasa terakhir kariernya di Arsenal, ramai yang menjangkakan karier Cazorla akan berakhir dengan menyedihkan, terutama sekali bagi pemain yang sangat berbakat.

Kecederaan Cazorla ketika di Arsenal menyaksikan dia menjalani lapan pembedahan pada kawasan tendon dan pergelangan buku lali. Kecederaan beliau sangat teruk.

Dan pada satu ketika beliau diberitahu bahawa dia tidak akan berlari lagi dan akhirnya meninggalkan pasukan London utara itu pada tahun 2018 setelah bermain hanya 11 kali dalam dua musim terakhirnya di Etihad.

Santi kembali ke Villarreal, pada mulanya untuk berlatih, namun kelab itu menawarkan kontrak kepadanya. Santi Cazorla bermain permainan pertamanya dalam lebih dari 600 hari dalam persahabatan pramusim, dan menyertai kelab secara rasmi pada 9 Ogos 2018.

Semangat Cazorla untuk bangkit memang wajar untuk diberikan tabik hormat.

Cazorla kembali ke Villarreal untuk kali  ketiga dalam kariernya, dan pemain berusia 35 tahun itu membuktikan bahawa kariernya masih belum berakhir dengan beberapa siri persembahan yang luar biasa dalam dua musim terakhir.

Semalam, dia kembali melakukan aksi genius sekali lagi dengan hantaran sentuhan pertama yang luar biasa.

Ia bermula dengan hantaran oleh penjaga gol, Cazorla menerima bola itu dan kemudian terus menolaknya kepada Moreno.

Ianya jelas sekali salah satu calon assist of the season.

Prestasinya bersama Villarreal musim lalu membuatkannya mendapat kembali panggilan ke skuad Sepanyol dan dia membuat penampilan pertamanya untuk pasukan kebangsaan dalam lebih daripada empat tahun – ketika menentang Kepulauan Faroe pada bulan Jun yang lalu.

Santi Cazorla tidak musim ini sudah menjaringkan lapan gol dan sekarang lapan assist di La Liga.

Secara keseluruhannya beliau mencetak 12 gol dan 9 assist dalam semua pertandingan.

Villareal kini berada di tangga keenam selepas kemenangan 2-0 ke atas Valencia pada hujung minggu.

Cazorla akan membuat pengumuman mengenai masa depannya dalam waktu dekat dan tidak diketahui sama ada dia akan terus bermai selepas tamat musim ini.

Berdasarkan statistik yang beliau catatkan, nampak gayanya, beliau masih memiliki daya saing yang bagus.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan