VIDEO: Lihat China Bina Titanic Copy Ori Gred 1:1, Ukuran Saiz Sebenar, Kos RM476.8 Juta

China memang dikenali dengan negara yang mampu menghasilkan produk replika yang luar biasa. Daripada pakaian, kasut, elektronik, dan sekarang tada….

TITANIC dengan kos $155 juta. Sebenarnya sudah banyak replika kapal titanic seluruh dunia. Namun untuk menghasilkan dengan saiz sebenar, James Cameroon pun tak sanggup nak buat.

Titanic adalah kapal yang paling mahsyur dalam sejarah. Filem Titanic lakonan Leonardo Di Caprio antara filem terlaris dan paling popular sepanjang zaman.

Jadi, sekarang korang berpeluang untuk merasai pengalaman berada dalam kapal titanic. Tetapi gred copy ori la.

Sebuah taman di Suining, Provinsi Sichuan, dilaporkan berminat untuk mencipta ‘kemewahan dan kemegahan’ Titanic melalui versi kapal pelayaran mereka yang sudah besar. Namun mereka berharap tidak ada aksi tragis daripada Titanic tersebut.

Replika Titanic bernilai $ 115 juta ataupun RM476.8 juta – hampir setengah billion ringgit – itu sedang dalam. Pembinaan projek ini bermula pada tahun 2014, dengan taman tema juga membangun versi replika dermaga Southampton yang menjadi tempat pelancaran Titanic pada tahun 1912.

Su Shaojun, salah seorang pelabur dalam projek itu, mengatakan mereka mengharapkan kapal itu dapat menarik antara 2-5 juta pelawat dari seluruh dunia setiap tahun.

Menurut South China Morning Post, idea itu mendapat banyak kritikan di media sosial China, dengan orang ramai berpendapat bahawa idea itu adalah usaha untuk menjana wang dari satu bencana yang paling terkenal dalam sejarah.

‘Meniru kapal dari kapal karam secara tragis dan mematikan, celah mana rancangan perniagaan’ menarik ‘,’ tulis seorang pengguna Weibo.

Tetapi tanpa mengira kritikan yang diterima, pengurusan taman tersebut nampaknya tidak boleh dan tidak akan berpatah balik. Kerana wang yang dilaburkan sangat besar.

Menurut pengurus projek Xu Junnian, kapal itu hampir siap. “Kami telah menyelesaikan pembinaan dek utama, dengan hanya dua setengah lantai di atas geladak yang belum selesai,” katanya kepada SCMP.

Segalanya akan menyerupai Titanic, bukan sahaja dari segi saiz malah termasuk tombol pintu dan kawasan dewan makan.

Replika Titanic akan dibuka untuk pelancong pada akhir tahun ini. Tempoh pembinaannya memakan masa 6 tahun, lebih lama daripada pembinaan kapal Titanic yang sebenar.

Ada juga mencadangkan agar ada replika Caledon Hockley, boleh la melepaskan dendam nak tumbuk muka dia.