Satu video telah ditularkan mengenai legenda Manchester City, Vincent Kompany yang melancarkan kecaman yang menakjubkan terhadap pemain Anderlecht selepas perlawanan awal musim lalu.
Ketika ini Vincent Kompany merupakan pengurus Burnley. Dan dia sedang membantu kelab itu mendahului carta Liga Kejuaraan dalam usaha mereka mahu kembali ke EPL.
Pernah tak korang tertanya tanya bagaimana cara Kompany berdepan pemain di bilik persalinan?
Dia seorang yang sangat tegas dan berdepan dengan ego pemain tanpa rasa takut sekalipun.
Kompany, menikmati kejayaan besar selama 11 tahun di Etihad sebelum berlepas untuk menyertai semula kelab zaman kanak-kanaknya Anderlecht pada 2019.
Awalnya dia menyertai mereka sebagai jurulatih-pemain.
Dia telah menjadi ketua jurulatih skuad Belgium itu selama 18 bulan lalu tetapi telah bergelut untuk mengulangi kejayaan sama yang pernah diraihnya di City.
Namun tiada siapa dapat menafikan karakter dan karisma yang dia tunjukkan di kelab itu dahulu.
Rakaman luar biasa di bilik persalinan telah muncul kembali mengenai Kompany mengamuk depan para pemainnya selepas mereka melepaskan gol penyamaan pada minit ke-94 untuk seri 2-2 di Sint-Truiden Oktober 2021.
Klip itu, yang dipetik daripada siri dokumentari VOOsport mengenai Anderlecht bertajuk Mauve, menyaksikan Kompany mengamuk di bilik persalinan yang penuh makian kepada pemainnya – terutama sekali makian kepada penyerang pinjaman dari Bayern Munich, Joshua Zirkzee.
Selepas membaling botol air ke lantai, Kompany menjerit: “Dengar, jangan salah faham, ada satu sisi saya yang anda tidak pernah lihat lagi wahai budak lelaki semua.”
“Nombor satu – sama ada kita bermain dengan tiga, empat, lima atau enam [di pertahanan] itu keputusan saya. Dan saya mengambil tanggungjawab jika kita kalah dan jika kita tidak beraksi dengan baik.”
“Perkara kedua. Zirk, lepas saya cakap pasal sikap awak awak datang hanya dengan senyuman… f*****g.”
🇧🇪🗣️ Vincent Kompany doesn't mess about… pic.twitter.com/QUIGXeTa7q
— EuroFoot (@eurofootcom) March 23, 2023
“Tetapi saya perlukan sikap itu. Kamu tidak bagus, sama seperti yang lain. Saya boleh mengeluarkan sesiapa sahaja, tanpa ada yang merungut.”
“Hari ini kita layak kalah. Kita boleh gembira dengan satu mata. Sembilan puluh lima minit kita hanya membuang masa. Kamu membuang masa kamu, dan saya membuang masa saya.
“Lebih baik tidak datang bermain. Lebih baik hantar kamu bermain untuk pasukan U21.”
Klip itu menggambarkan standard tinggi yang Kompany tuntut sepanjang kerjayanya dalam bola sepak.
Bekas pemain antarabangsa Belgium itu memenangi 10 trofi utama semasa bersama Manchester City, termasuk empat gelaran Liga Perdana.
Dia akan meninggalkan kelab itu pada 2019 sebagai ikon, dengan sebuah patung kemudiannya didirikan untuk menghormatinya di luar Etihad.
Baru baru ini selepas kekalahan 6-0 di tangan Man City pada aksi Piala FA, Kompany turut menarik perhatian ramai dengan komennya selepas perlawanan.
Komen yang dianggap sangat luar biasa.
Kompany berkata: “Sekarang ini baru pemain saya faham bahawa mereka ada banyak perkara harus dibuat. Kami datang ke sini dengan 13 mata di punca Liga Kejuaraan dan bermain dengan baik di Old Trafford ketika Piala EFL.”
“Namun sangat penting untuk sedar diri bahawa kami sekarang ini no.21 di dalam bola sepak Inggeris, bukan no.1,” kata Kompany yang mengingatkan pemainnya mereka masih di bawah 20 lagi pasukan EPL.
“Kerja yang kita harus buat sangat banyak dan kita harus melakukannya. Saya seorang jurulatih pasukan Liga Kejuaraan. Kita ada satu pengembaraan yang mengujakan untuk menjadi lebih baik. Dan saya simpan semua momen ini dalam diri saya untuk membantu kami.”
“Jika saya boleh bermain permainan seperti ini 10 kali berturut turut, saya akan sanggup, sampai kita jumpa jalannya. Perlawanan perlawanan seperti ini adalah lebih baik untuk kita belajar daripada perlawanan lain.”
#Sports #Burnley Vincent Kompany insists his Burnley players will learn from heavy defeat to Manchester City https://t.co/AAq7obckap
— WhatsNew2Day (@whatsn2day) March 18, 2023